Foto: Khairy Jamaluddin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan sebarang cadangan kerjasama industri atau ahli akademik untuk menjalankan kajian klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja 15 Tahun Ketagih Ganja, Ibu Nekad Ikat & ‘Tenyeh’ Serbuk Cili Dekat Mata
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Sampaikan Salam Kepada YB Syed Saddiq’ – Yasin Sulaiman
Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Maut ‘Dibunuh’ Di Australia, Didakwa Jadi Penjaga 1,000 Pokok Ganja Bagi Kumpulan Jenayah
Kajian diperlukan untuk buktikan ada kebaikan
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Menerusi ciapan di laman Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘Cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.
Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.
KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itulah kita mengalu-alukan kajian klinikal penggunaan CBD untuk tujuan perubatan.
Oleh itu, kajian perlu dilakukan bagi membuktikan terdapat kebaikan dalam penggunaan bahan tersebut.
KKM sedia berkerjasama
Foto: Clinical Research Malaysia
Kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.
Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial.
KKM amat mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik. Kami sedia bekerjasama.
Untuk rekod, Di Malaysia, semua jenis kanabis diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kandungan bahan aktifnya yang bersifat psikoaktif, iaitu THC yang merujuk kepada semua bahan yang mampu memberi kesan kepada otak, sekali gus boleh menyebabkan perubahan dari segi gangguan memori, konsentrasi dan kesukaran bernafas.