berita

Komen 18SX Di Instagram Kilafairy, Wak Doyok Dikecam Gila Seks?

March 12th, 2015 | by Wan
Lensa Insta

dp1

Sebut saja nama Wak Doyok mesti ramai terbayang akan penampilan segak beserta misai peliknya sehingga pada satu ketika digelar sebagai ikon fesyen di negara ini. Ye ke?

Tak apa kita biarkan Wak Doyok dan misainya sekejap. Apa yang kami nak kongsikan hari ini ialah kecaman bertubi-tubi peminat terhadap Wak Doyok yang didakwa gila seks selepas didakwa meninggalkan komen berbaur lucah di foto Kilafairy. Wak oh Wak cover la sikit.

Wak Doyok ‘Merecik’

wakwak

Nak dijadikan cerita, sekitar minggu lalu Kilafairy berkongsi sekeping foto yang menampakkan belakang badannya di Instagram. Foto yang boleh dikatakan agak ‘mengancam’ itu telah mendapat perhatian Wak Doyok.

Wak Doyok yang mungkin turn on melihat foto tersebut sepantas kilat komen ‘merecik’ diikuti dengan simbol air.

Dikecam Gila Seks

silapwak

Berdasarkan pemerhatian kami komen ‘merecik’ ini masih baru dan sinonim dengan foto wanita seksi dan lelaki sado. Itu yang kami nampak lah. Tak tahu pula kalau ‘merecik’ ini maksud dia basikal ke apa.

Andai tekaan kami ini salah sekalipun tetapi komen Wak Doyok yang ini memang boleh diragui maksudnya. Hasil tinjauan kami Kilafairy malangnya dah delete komen ‘haippp nakal’ tersebut.

Screen Shot 2015-03-12 at 12.24.11 AM

Bersangka baik, mungkin Wak Doyok tengah minum air masa komen ‘merecik’? Wak Doyok ajak Kilafairy main air dekat water park? Atau rumah Wak Doyok tak ada air? MERECIK!

SKIP THIS AD ×