Shila Amzah, 32, menyatakan dirinya menghadapi masalah kebimbangan yang melampau atau ‘anxiety disorder’ sejak Mac lalu. Peserta Gegar Vaganza itu berkongsi selain daripada rasa penat, komen negatif juga menyumbang kepada masalah anxiety pada dirinya.
Artikel Berkaitan: Peminat Bandingkan Vokal Dengan Siti Nurhaliza, Shila Amzah Tak Suka & Minta Henti Provokasi
Artikel Berkaitan: Busana Dikatakan Mirip ‘Sniper’ PUBG, Shila Amzah Tak Kisah Asalkan Sopan
Artikel Berkaitan: Badan Terlampau Penat, Maya Karin Kena ‘Anxiety Attack’ Di Set Penggambaran
Anxiety punca persembahan Shila kurang memuaskan
Menurut laporan Kosmo, ‘anxiety disorder’ memberi kesan kepada persembahan Shila sebagai peserta Gegar Vaganza musim kesembilan. Menurutnya, minggu ketiga dan keempat merupakan persembahan yang teruk baginya.
Shila turut berkongsi bahawa dirinya telah disahkan dengan ‘anxiety disorder’ sejak Mac lalu selepas menjalani prosedur kesihatan. Tambahnya lagi, dia tidak pernah meletakkan apa apa harapan kerana setiap persembahannya dia cuma mahu lakukan yang terbaik.
Apabila masalah ini datang, secara tidak langsung dia menganggu emosi saya ketika membuat persembahan. Oleh itu, saya tidak pernah ‘target’ nombor satu. Saya hanya buat yang terbaik untuk setiap persembahan.
Susulan daripada itu, Shila berjaya merangkul tempat kedua selepas membawa lagu ‘Tamparan Wanita’ bersama Mimi Fly pada minggu kelima.
Sumber: Kosmo