Perlawanan pertama peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia antara Malaysia melawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Mana taknya, pertembungan antara dua negara jiran ini sering kali dinanti-nantikan.
Pasukan Indonesia yang bermain di halaman sendiri ternyata tidak dapat menandingi Harimau Malaya tenang memungut tiga mata penuh. Malaysia berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 3-2 walaupun sering kali diprovok penyokong pihak lawan.
Sumareh wira Harimau Malaya
Menerusi Berita Harian, Indonesia yang dua kali mendahului pasukan Malaysia bermula garang pada awal saingan. Namun semangat juang yang tinggi daripada anak buah Tan Cheng Hoe memberi impak apabila menang dengan aksi comeback. Mohamadou Sumareh diangkat sebagai wira negara apabila berjaya menjaringkan dua gol penting.
Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 37 oleh Sumareh apabila dia baru sahaja dibawa masuk menggantikan Hadi Azman tidak sampai 15 saat. Manakala gol kedua dijaringkan oleh Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-66. Terikat seri hingga ke akhir saingan, usaha Harimau Malaya membuah hasil melalui Sumareh sekali lagi pada minit tambahan ke-97 sekaligus menutup peluang Indonesia.
Disambut dengan balingan batu
Ultras Malaya yang datang disambut dengan balingan batu? Datang nak tengok bola bukan membunuh .
stop la dengan mentaliti sampah tu . FIFA patut banned je dorang ni?. pic.twitter.com/RhMHxJouKb
— fádizsem???? (@fadryyy_) September 5, 2019
Sebelum mulanya perlawanan, penyokong tuan rumah memulakan provokasi ke arah penyokong Malaysia dengan membaling batu.
Perlawanan tergendala
Perlawanan dihentikan apabila penyokong Malaysia diserang oleh penyokong Indonesia. Menurut wartawan @ASTROARENA , @zulhelmizainal1 objek dibaling dari kedudukan atas stadium. Lihat sahaja visual ini.#JanganGaduhGaduh#WeBelangTogether#HarimauMalaya#GarudaDiDadaku pic.twitter.com/oA3V2jVibl
— Ian Johan Ariff (@Ian_AWANI) September 5, 2019
Tak cukup dengan itu, semasa perlawanan sedang berlangsung penyokong tuan rumah sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan membaling batu dari atas stadium ke arah penyokong Harimau Malaya. Permainan terpaksa diberhentikan seketika sewaktu insiden itu berlaku bagi menenangkan keadaan.
Tak puas hati kalah
Waduhhhh… pic.twitter.com/p0yMrWbGux
— #StandYourHome (@bonekcasuals) September 5, 2019
Tidak dapat menerima kekalahan, segelintir penyokong tuan rumah melakukan kekerasan terhadap penyokong Harimau Malaya dengan membaling objek seperti batu dan botol air. Tidak terkecuali ada botol yang mengandungi air kencing turut dibaling ke arah penyokong Malaysia. Suasana tegang itu berjaya di rakam dan viral di laman sosial.
Nilai sendiri perangai mereka
Korang nilai lah sendiri perangai penyokong Indonesia bila dah kalah.. ???? #HarimauMalaya pic.twitter.com/ffdA1Yvkym
— iskandar (@iskandarmatrozi) September 5, 2019
Salah seorang penyokong Malaysia tercedera akibat insiden balingan batu dan dibawa keluar oleh pegawai bertugas.
Doakan semua selamat
guys please pray for our ekor dekat sana, enough la pakai slogan kitaserumpun tu. enough is enough???#HarimauMalaya @FIFAcom pic.twitter.com/2jpURw7mdy
— ? (@danishharritz) September 5, 2019
Antara kekecohan yang berlaku di dalam stadium.
Mohon maaf penyokong Malaysia
Suporter Malaysia. Mohon maaf. pic.twitter.com/K1CoNqHdpy
— Farabi Firdausy (@abiflip) September 5, 2019
Walaubagaimanapun, terdapat penyokong Indonesia yang tidak menyokong perbuatan negatif segelintir penyokong mereka dengan mengatakan tindakan itu tidak wajar. Dia turut meminta maaf kepada penyokong Malaysia atas insiden yang berlaku.
Sumber: Berita Harian, Twitter