berita

Konflik Iran-AS: Kementerian Luar Negeri Minta Rakyat Malaysia Berhati-Hati Ketika Melancong

January 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perbalahan di antara Amerika Syarikat dan Iran masih berterusan setelah kematian komander tertinggi Iran, Mejar Jeneral Qassim Soleimani, baru-baru ini. Ekoran daripada itu, pihak Amerika Syarikat melarang kesemua syarikat penerbangan seluruh dunia untuk tidak melintasi ruang udara di Iraq, Iran, Teluk Parsi dan Teluk Oman buat sementara waktu.

Kementerian Luar Negeri Malaysia turut mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai langkah keselamatan buat semua rakyat Malaysia yang hendak melancong kedua-dua buah negara tersebut.

Kenyataan akhbar Kementerian Luar Negeri Malaysia

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia sedang memantau keadaan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan Iran pada masa ini. Di samping itu, mereka berharap penumpang Malaysia mahupun sesiapa sahaja yang sedang merancang untuk ke dua buah negara tersebut supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk terus mengikuti keadaan semasa ketika berada di kawasan yang mereka kunjungi.

Buat pelancong Malaysia yang masih belum berdaftar dengan misi diplomatik Malaysia, mereka disarankan untuk berdaftar di kedutaan Malaysia bagi memudahkan proses urusan komunikasi ketika mereka melancong ke luar negara. Disebabkan penutupan sementara kedutaan Malaysia di Iraq, Syria dan Yemen, pendaftaran dan khidmat konsular buat pelancong Malaysia boleh didapati di Jordan, Lebanon dan Oman.

Travel alert!

Amerika Syarikat dan Iran sedang dalam ketegangan. Selepas pemimpin Iran dibunuh, mereka membalas ke pangkalan tentera US di rantau Timur Tengah. Perisikan AS percaya Iran mungkin lancar serangan ke Kuwait, Arab Saudi, UAE dan Jordan. Amerika Syarikat menghantar beberapa helikopter gempur untuk mengawasi kawasan kedutaan di Baghdad. Jet-jet pejuang Iran mengawal ketat ruang udara negara dan kawasan kapal-kapal laut milik tentera Iran. Iran membalas dengan menyerang pangkalan tentera AS.

Donald Trump tweet ‘All is well’. Bagi sesiapa yang travel, berhati-hati. Ruang udara di sana.’panas’. Amerika Syarikat larang semua syarikat penerbangan tempatan guna ruang udara Iraq, Iran, Teluk Parsi dan Teluk Oman, sementara waktu. Semua penerbangan dinasihatkan mengelak ruang udara disana. Jet pejuang merata-rata. Pesawat Ukrainian International Airlines PS752 Boeing 737 yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, terhempas. 170 terbunuh. Jika ada kenalan or family di rantau Timur Tengah, please advise them to register themselves with the nearest Embassy/ Consulate General.

Menurut Irwan, ketegangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan Iran menjadi semakin panas apabila pemimpin Iran dibunuh. Selain itu, Amerika Syarikat turut menghantar beberapa helikopter mereka untuk gempur dan megawasi kedutaan di Baghdad. Pada masa yang sama, kesemua penerbangan dinasihatkan agar mengelak ruang udara di Iraq, Iran, Teluk Parsi dan Teluk Oman sementara waktu.

Sumber: Irwan Dahnil


The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×