berita

Kongsi Foto Tepi Pantai, Netizen Siasat Lokasi ‘Rahsia’ Sajat. Sebijik Macam Hotel Dekat…

June 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Nur Sajat, pasti ramai tertanya-tanya dimanakah keberadaan usahawan terkenal yang dikatakan telah ‘menghilangkan’ diri sejak beberapa bulan lalu selepas dia menjadi ‘buruan’ pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: Tak ‘Lari’ Luar Negara Pun, Muhammad Sajjad Menyorok Di Johor Bahru?

Artikel Berkaitan: Ketua Polis Negara Sahkan Sajat Memang Ada Di Luar Negara

Malah sehingga kini, dia masih belum dijejaki kerana tiada seorang pun tahu dimana dia ‘bersembunyi’.

Dah lama Sajat ‘sembunyi’

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman bukan sahaja bersembunyi malah dia juga dikatakan kurang aktif di media sosialnya. Tetapi sejak kebelakangan ini, Sajat sudah kembali aktif di Instagram kerana dia dilihat sering berkongsi foto dan video seperti sedang ‘bercuti’ di salah sebuah pusat peranginan.

Walaupun begitu, Sajat langsung tidak mendedahkan lokasi percutiannya itu meskipun netizen sudah berkali-kali bertanya. Berdasarkan perkongsian tersebut, kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan dia dipercayai kini berada di sebuah villa, hotel atau resort di tepi pantai.

Dah ‘terbongkar’ tempat ‘rashia’ Sajat

Tidak mahu terus berteka-teki, salah seorang pengguna Facebook iaitu Kekcah Aali dan rakannya, Nur Fariha Athena mula ‘menyiasat’ dan ‘membongkarkan’ rahsia lokasi penyembunyian usahawan terbabit. Bukan itu sahaja, mereka juga tampil menyediakan ‘bukti’ perbandingan gambar Nur Sajat di Instagram dengan lokasi sebenar villa berkenaan.

Sementara salah seorang daripada netizen, Dina Masturina di ruangan komen turut berkongsi beberapa foto sebenar villa yang diambil daripada carian Google. Hasil pencaraian akhirnya membongkarkan Nur Sajat didakwa berada di Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di negara Thailand. Meskipun begitu, ada dalam kalangan netizen mendakwa bahawa gambar yang dimuat naik Sajat di Instagram itu adalah gambar lama yang dikongsikan semula.

Eh nampak sama lah!

Oh villa dekat Thailand rupanya!

Sumber: Kekcha Aali

SKIP THIS AD ×