Foto: Nur Sajat
Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali dengan panggilan Nur Sajat didakwa menghilangkan diri selepas perbicaraan di mahkamah berhubung kes berpakaian menyerupai wanita di satu acara kegamaan.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Masa Saya Menyorok?’ – Sajat Akhirnya Beri Respon, Nafi Murtad
Artikel Berkaitan: Ketua Polis Negara Sahkan Sajat Memang Ada Di Luar Negara
Artikel Berkaitan: JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjad, Didakwa Sedang Bersembunyi
Apa yang lebih merisaukan, apabila sehingga hari ini, Muhammad Sajjad gagal ditemui oleh pihak berkuasa.
Bersembunyi di Johor Bahru?
Foto: Nur Sajat
Bagaimanapun, terdapat desas-desus yang mendakwa dia kini berada di Johor Bahru bersama beberapa pekerjanya di sebuah kondominium mewah di bandar raya itu. Dakwaan tersebut muncul selepas Sajat memuat naik sekeping foto di laman Instagram kononya dia sedang berada di premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU) dan turut meletakkan lokasi berkenaan.
Menerusi kapsyen pendek yang digunakan dia sempat meluahkan rasa ‘sedih’ dan pening kepala dengan apa yang telah terjadi.
Sis pening la!!! Sampai bila nak jadi mcm ini.. kali ini sis ada masa sakit kepala!! Nak ubat uols!! Please.
Terdahulu, Sajat yang diburu oleh pihak berkuasa dipercayai sedang berada di luar negara. Bagaimanapun, dia sempat menafikan desas-desus yang mengatakan dia sudah lari ke luar negara.
Difahamkan Sajat dipercayai bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.
Foto di Instagram
Sumber: Media sosial