berita

Kongsi Keputusan Cemerlang Anak Di IG, Netizen Ucap Tahniah Dr.Erin Bakal Kahwin Lagi?

July 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, bekas isteri Dai’Farhan iaitu Dr Erin berkongsi mengenai keputusan cemerlang anak perempuannya iaitu Nur Batdrieyna.

Artikel berkaitan: ‘Farhan Tak Pernah Curang’ – Dr Erin Terkilan Bekas Suami Tersenarai Dalam Video Lelaki Curang Netizen

Artikel berkaitan: Dr Erin Nafi Gila Talak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami

Tahniah anak mama

Tahniah la anak mama @eyna.sukri. Walaupun dia la yang masak makan untuk semua orang. Pagi class lari masak untuk adik-adik lepas tu lari exam, lunch dia masak, tolong pula mama packing barang customer. Petang masak makan. Malam masak makan. Pendek kata dia la mak ke-2 dalam rumah. @isha.sukri dia Menteri Kewangan , MITI dan Pengangkutan.

Menerusi slip keputusan yang dikongsikan oleh Dr Erin, Batdrieyna telah meraih keputusan 4.0 flat bagi peperiksaan semester 3 peringkat diploma. Sebagai seorang ibu, Dr Erin meluahkan rasa gembira apabila melihat kejayaan anaknya itu. Tambah Dr Erin, Batdrieyna seorang anak yang rajin dan selalu masak untuk adik-adiknya. Selain itu, Batdrieyna rajin membantunya untuk membungkus barang para pelanggan.

Mama dah jadi ‘bride to be’

Mama dah jadi bride to be ni tak boleh buat kerja nanti tangan kasar, main mengarah saja. Mama sibuk mencantikkan diri. Tapi boleh dapat result macam ni. Online kelas saja la sampai habis. Best juga PKP ni anak-anak dapat berbakti kepada orang tua.

Selain berkongsi keputusan cemerlang yang diraih oleh Batdrieyna, posting Dr. Erin turut meraih tumpuan netizen apabila wanita ini dipercayai memberi ‘hint’ akan berkahwin semula. Namun begitu, Dr. Erin tidak mendedahkan siapa bakal calon suaminya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat Dr. Erin dan anaknya.

Sumber: Dr. Erin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×