berita

Kongsi Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Aliff Aziz Tuju Pada Siapa? – ‘Ku Dihukum Masuk Neraka Oleh Manusia’

March 23rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencuri tumpuan wargnet selepas berkongsi lirik lagu di media sosialnya semalam.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Kongsi Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Kamu Tahu Melepaskan Itu Indah’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – ‘Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan’

Apa maksud Aliff?

aliff

Menerusi hantarannya di Instagram Story (IG), Aliff memuat naik dua rangkap lirik lagu berjudul Aku Maafkan Kamu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Malique.

Selebriti berasal dari Singapura itu berkongsi lirik pada bahagian rap lagu tersebut tetapi tidak menyatakan sebarang maksud atau kapsyen pada hantaran berkenaan.

Namun, lirik lagu itu seakan-akan memberi bayangan tentang seseorang yang dihukum oleh manusia dan juga memaafkan mereka yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.

Aliff dan Ruhanies kemudian dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat JAWI.

Dalam perkembangan terbaru, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.

Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

Sumber: IG Aliff Aziz

SKIP THIS AD ×