berita

Kongsi Pengalaman Di Bilik Bersalin, Air Mata Fizo Omar Gugur Tengok Isteri Tahan Sakit

June 27th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: fizoomar

Bergelar bapa sekali lagi, Fizo Omar kongsi pengalaman dirinya berada di dalam bilik bersalin ketika menemani isterinya melahirkan puteri mereka itu. Fizo juga tidak dapat menahan air matanya selama hampir sepuluh jam menantikan zuriat mereka dilahirkan.

Artikel Berkaitan: Isteri Fizo Omar Selamat Bersalin Anak Perempuan

Artikel Berkaitan: Fizo Omar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Kedua, Peminat Teka-Teki Jantina

‘Air mata’ Fizo

Foto: fizoomar

Pada Sabtu, isteri kepada Fizo Omar, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Perkongsian gembira itu dikongsikan oleh Fizo sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Terbaharu, Fizo telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang memangku anak keduanya sambil tersenyum bersama isteri dan ibunya. Tetapi apa yang membuatkan hantaran ini mendapat perhatian apabila Fizo telah berkongsi pengalaman dirinya dan isteri menantikan zuriat pertama mereka itu.

Di ruangan kapsyen, Fizo menceritakan pada 24 Jun lalu isterinya telah dimasukkan ke bilik bersalin dan hampir 10 jam mereka menunggu untuk bayi dilahirkan.

24 jun isteri saya di masukkan ke Labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready utk baby dilahirkan.

Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat utk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin.

10 jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar.

Tambah Fizo, air mata jantannya gugur apabila melihat insan tersayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan bayi mereka.

Pukul 12.39 pg (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira,sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yg di tunggu2 selama ni.

Serius weh abe joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila Doktor minta pegang guntung utk potong tali pusat baby.

Jadi ayah dan suami yang baik

Foto: fizoomar

Biarpun sudah menjadi bapa, namun perasaan sebak itu pasti ada di dalam hati seorang bapa. Fizo menyifatkan zuriat yang diberikan adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sehingga besar.

Perasaan abe joe masa mcm… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.

The moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan, “ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yg baik, suami yg baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang”.

Datangnya seorang baby,bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dari sebelum ini.

Di akhir hantaran tersebut, Fizo sempat menitipkan pesanan kepada para suami dan bakal bapa di luar sana agar sentiasa bersama menghargai detik-detik yang penuh bermakna itu.

Fizo juga turut memanjatkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan dia dan isteri.

Sumber: fizoomar

SKIP THIS AD ×