berita

Kongsi Video Di Pantai, Ramai Pertikai SOP Isteri Nazri Aziz Jalani Kuarantin Di Villa Mewah

January 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak minggu lalu, beberapa orang kenamaan yang terlibat dalam dunia politik telah disahkan positf Covid-19. Antaranya ialah bekas menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nazri Aziz. Beliau dipercayai mendapat simptom virus tersebut dan disahkan positif ketika menghadiri satu sidang media yang dijalankan pada 12 Januari 2021.

Artikel berkaitan: Lagi Menteri Sah Positif Covid-19, Kali Ini Rina Harun Pula

Artikel berkaitan: Hamzah Zainuddin Menteri Ketiga Positif Covid-19 Selepas Tok Pa & Rina Harun

Artikel berkaitan: ‘Semua Menteri Perlu Jalani Ujian Saringan Covid-19’ – Datuk Seri Dr Adham Baba

Susulan daripada itu, isterinya iaitu Datin Seri Haflin Nazri Aziz dan anak mereka turut sama disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di resort milik keluarga di Kelantan.

Best home quarantine ever!

Di Instagram, Haflin memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang berada di tepi pantai sebuah villa. Haflin turut kelihatan berlari menuju ke dalam lautan sambil diperhatikan anak dan pembantu rumahnya. Jelas Haflin, proses kuarantin tersebut dipercayai terlalu baik buat dirinya dan keluarga apatah lagi berpeluang menjalani proses tersebut di villa kepunyaan mereka. Gelang bewarna ‘pink’ dipercayai turut kelihatan di tangan Haflin.

Bertuahnya

Menerusi posting yang dimuat naik itu juga, rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa Haflin seorang wanita yang beruntung kerana menjalani proses kuarantin di villa mewah tersebut. Namun begitu, masih terdapat beberapa persoalan yang timbul dan diajukan oleh netizen kepada Haflin di ruangan komen. Antaranya ialah, adakah staf di villa tersebut masih bekerja semasa mereka menjalani proses kuarantin dan adakah Haflin masih menolak untuk mengambil vaksin memandangkan dia didakwa bukan golongan yang berminat untuk menerima vaksin.

Sumber: Haflin Nazri Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×