Tidak dinafikan kehilangan individu tersayang merupakan momen yang sukar untuk diterima lagi-lagi ia melibatkan ahli keluarga sendiri. Mahu tak mahu, individu tersebut perlu akur dan menerima dengan hati yang terbuka. Namun, terdapat satu kejadian di mana seorang lelaki berasal dari Ponorogo, Jawa Timur dipercayai sanggup menggali kubur isterinya sendiri yang baru sahaja sebulan meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Artikel Berkaitan: ‘Baru Nikah 4 Bulan Lebih…’ – Suami Akur Kehilangan Isteri Hidap Kanser Di Bulan Penuh Keberkatan
Gali kubur isteri sendiri
Foto: Tribun News
Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, memaparkan lelaki ini sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul sebelum dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis. Difahamkan, lelaki ini seolah-olah masih tidak dapat menerima kenyataan isteri tersayang sudah dijemput Sang Pencipta.
Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur.
Memetik laporan Tribun News, tindakan menggali kubur bukanlah kali pertama dilakukan oleh lelaki ini dan dia turut melakukannya pada hari ketujuh kematian isterinya. Mengulas lebih lanjut, lelaki ini dilaporkan mengalami masalah gangguan mental sejak kecil lagi dan mendakwa terdapat suara bisikan ghaib yang meminta dia berbuat demikian.
Ketika ketibaan pihak polis, individu berkenaan sudah berjaya menggali kubur sedalam 80 sentimeter. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut sedih dengan nasib yang menimpa lelaki ini.
Sumber: Tribun News