berita

Konon Nak Hulur Bantuan, Ini 6 Fasa Sexual Grooming Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

February 16th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Isu keganasan seksual yang melibatkan kanak-kanak bukan satu perkara yang baru di negara kita. Bahkan, kes ini semakin bertambah hari demi hari dan membimbangkan banyak pihak. Tidak berakhir di situ, pihak kerajaan turut mempelbagaikan usaha dalam membendung perkara ini.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Salah, Jangan Biar Ahli Keluarga & Orang Luar Ambil Kesempatan’ – TMJ

Artikel Berkaitan: ‘Tengok Gaya Macam Dah Sex Grooming’ – Penceramah Bebas Tegur Lelaki Bangga Cium Mulut ‘Adik’

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Susulan daripada itu, seorang doktor dikenali sebagai Dr Redza Zainol, di laman Twitter tampil memberikan fakta-fakta mengenai sexual grooming yang perlu diketahui oleh ibu bapa di luar sana.

Hanya dengan satu langkah

Jelas doktor Redza, terdapat enam fasa yang perlu diketahui oleh ibu bapa mengenai sexual grooming yang berlaku kepada kanak-kanak. Kisahnya bermula daripada single click menerusi aplikasi di laman sosial sebelum kanak-kanak itu menjadi mangsa kerakusan individu yang tidak bertanggungjawab.

Pelaku itu akan membuat beberapa kaji uji sebelum mengambil tindakan kepada mangsa antaranya memilih mangsa yang lemah dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Apa yang perlu dibuat

Proses seterusnya, si pelaku akan cuba mendapatkan kepercayaan mangsa dengan menjanjikan ayat-ayat manis supaya mangsa terpedaya sebelum dirogol olehnya.

Bukan itu sahaja, pelaku juga akan membawa personaliti yang berbeza yang secara tidak langsung akan menarik perhatian mangsa yang ketika itu memerlukan seseorang untuk berdamping.

Jangan bagi peluang dan ruang

Lebih mengejutkan apabila si pelaku akan mula menunjukkan taring dengan cuba menjauhkan mangsa daripada keluarganya. Tidak berakhir di situ, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh pelaku antaranya cuba mengajak mangsa untuk tidur bersamanya.

Langkah terakhir, apabila mangsa tidak sempat menyelamatkan dirinya dan seterusnya menjadi mangsa keganasan seksual. Pada masa yang sama, kanak-kanak boleh melaporkan kepada talian NUR 15999 jika takut untuk menceritakan perkara tersebut kepada individu yang terdekat.

Sumber: Dr Redza Zainol

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×