berita

Konsert Malam Galau ST12 Buat Emosi Jadi Roller Coster, Peminat Ambil Peluang ‘Healing’ Sambil ‘Sing Along’ Lagu-Lagu Hits

November 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

st 12

Lebih 2,000 orang peminat hadir ke Konsert Malam Galau ST12 yang baru sahaja berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 10 November lalu.

Konsert tersebut istimewa dibawakan oleh My Legacy Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Lashkar Entertainment yang turut membariskan penyanyi terkenal negara ini antaranya Hazama, Drama Band dan Aufahanie.

Artikel Berkaitan: Firman Sedih Kehilangan Tia, Tak Tahu Arwah Sakit – ‘Dia Rendah Diri & Banyak Dedahkan Saya Dengan Muzik Rock Kapak’

Artikel Berkaitan: Kolaborasi ST12, Hazama Bakal Gegar Zepp Kuala Lumpur November Ini!

Malam Galau buka panggung

st12

Konsert Malam Galau yang banyak dianjurkan di beberapa buah negeri sebelum ini dilihat mendapat sambutan hebat daripada penggemar muzik terutama anak-anak muda yang suka dengan ‘galau’.

Justeru, kolaborasi antara Malam Galau dan ST12 bukan sahaja menghiburkan malah telah mengubat hati penonton yang lara.

Pentas konsert ini dimulakan dengan persembahan daripada Syafiq Abdilah, Kazim Band, Aufahanie dan Drama Band yang membawakan lagu-lagu galau antaranya Cinta, Dawai, Tak Segampang Itu, Biarkanlah dan banyak lagi.

ST12 tak lupa Palestin

st12

Band yang tidak asing lagi dari Indonesia ST12, meneruskan kehangatan malam konsert tersebut dengan kemunculan Aris (Indonesian Idol) yang mendendangkan sembilan buah lagu antaranya P.U.S.P.A, Jangan Pernah Berubah, Cukup Sampai Di Sini dan Cinta Tak Harus Memiliki.

Dalam pada itu, ST12 mengambil kesempatan menyuarakan soladiriti mereka terhadap isu peperangan yang sedang berlaku ketika ini dengan mendedikasikan lagu KebesaranMu kepada seluruh rakyat Palestin.

Persembahan lagu tersebut turut diringi dengan paparan klip video situasi genting yang sedang berlaku di negara bergolak itu.

Firman terus ‘menyengat’

st12

‘Vibe’ ST12 diteruskan lagi kali ini giliran Firman Siagian pula menguasai pentas dengan menyampaikan lagu-lagu popular band tersebut antaranya Cari Pacar Lagi, Saat Terakhir, Kepingan Hati, Kehilangan dan Putih-Putih Melati.

Peminat-peminat dilihat tidak lepas peluang menggamatkan suasana dengan bersama-sama bernyanyi sepuas hati ketika Firman membuat persembahan.

Kemeriahan tidak terhenti di situ apabila Hazama muncul dari belakang pentas dan kemudian menyambung nyanyian Firman yang sedang mendendangkan lagu Tiara.

Hazama dan ST12 meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu terbaharu mereka yang berjudul Harapan Tak Kunjung Usai.

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert, Hazama berkata kemunculannya bersama ST12 pada konsert tersebut merupakan satu peluang besar untuk mempromosikan lagu berkenaan selain berharap ianya mendapat sambutan daripada peminat di kedua-dua negara.

Kami rancang untuk buat persembahan (lagu tersebut) yang julung kalinya dilakukan pada konsert ini. Ini adalah salah satu cara untuk kami memaklumkan kepada peminat bahawa kolaborasi ini telah dilakukan antara penyanyi Indonesia dan Malaysia.

Sementara itu, pemain drum dan pengasas ST12, Pepep menegaskan bahawa band tersebut akan tetap meneruskan perjalanan mereka dalam arena seni meskipun ketiadaan Charley sebagai vokalis.

ST12 bukan lagi sebagai band tapi adalah sebuah ‘brand’, jadi ST12 berkolaborasi antara beberapa buah negara antaranya Malaysia, Filipina dan Singapura.

Kami tetap ‘move on’ dan ST12 akan tetap berjalan dan berkarya buat peminat muzik, siapa pun vokalis atau siapa pun di anggotanya, ST12 tetap ST12.

Saya mahu membawa ‘mindset’ ini yang sebenarnya sudah lama diterapkan di negara Eropah walaupun segelintir peminat mengidolakan seseorang penyanyi.

Setelah empat jam konsert berlangsung, Aris dan Firman kemudian menutup tirai persembahan dengan nyanyian lagu Isabella yang pernah dipopularkan oleh band lagenda negara, Search.

SKIP THIS AD ×