Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert sulung penyanyi terkenal, Mizz Nina bertempat di KL Live Centre, Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung selama satu jam setengah tersebut telah dibanjiri hampir 1500 penonton dan rata-ratanya kelihatan sangat terhibur dengan persembahan penuh bertenaga yang ditonjolkan oleh Mizz Nina hingga ada antara mereka sanggup menyanyi bersama-sama penyanyi tersebut sepanjang konsert berlansgung.
Menerusi konsert yang penuh mantap dan menghiburkan ini, Mizz Nina telah mendendangkan 14 buah lagu, ataranya adalah Just Do It, Hit Me Up, Away With You, Kurnia, Rentak Yang Sama, Sri Kandi, What You Waiting For serta lagu terbarunya featuring dengan Jay Park, Around The World.
Tarian yang sangat bertenaga dan menghiburkan
Menurut Mizz Nina, dia sangat berpuas hati dengan konsert pertamanya itu dan dalam masa yang sama melahirkan rasa syukur kerana konsert tersebut berjaya mendapat sokongan serta sambutan hangat dikalangan peminat.
Sangat-sangat gembira dan berpuas hati. Kalau sebelum ini saya rasa sangat takut dan gementar dengan sambutan peminat, akan tetapi setelah segala-galanya selesai dan melihat hasil yang sungguh menggalakkan, kini saya boleh tarik nafas lega.
Alhamdulillah, kita boleh lihat ramai peminat yang datang dan ini adalah satu perkara yang sungguh saya tak jangka. Paling penting, saya harap semua peminat terhibur dengan setiap persembahan yang saya tampilkan sebentar tadi. – Ujar Mizz Nina sewaktu bertemu diakhir konsert.
Penampilan khas suami tercinta menerusi lagu Kurnia
Berkongsi mengenai persiapan sebelum konsert, penyanyi ini dikatakan telah menghabiskan masa hampir dua bulan untuk berlatih serta menyiapkan segala koreografi tarian yang kemas, agar segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang diidamkan oleh penyanyi tersebut.
Untuk latihan penuh di atas pentas team saya ambil masa selama dua hari berturut-turut, manakala persiapan untuk koreografi tarian saya ambil masa selama 2 bulan.
Kemunculan Jay Park membuat peminat teruja & histeria
Untuk makluman, konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa beberapa penyanyi jemputan seperti Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan), Mawar Berduri (Kumpulan Ahli Fiqir), Altimate serta Jay Park.
Pada malam konsert berlangsung, Jay Park bukan sekadar berduet dengan Mizz Nina menerusi lagu mereka Around The World, malah penyanyi yang diterbang khas dari Korea ini turut membuat persembahan solo dengan mendendangkan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Of You dan Girlfriend.
Bagi semua peminat Mizz Nina dan Jay Park, jangan ketinggalan untuk menatap foto-foto artis kasayangan anda selepas ini. Jom layan!