berita

‘Kontrak Saya Bersama Swarovski Tamat Disember Tahun Lalu’ – Neelofa

May 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, jenama aksesori mewah antarabangsa iaitu Swarovski mengesahkan telah menamatkan kerjasama dengan selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa. Difahamkan, Neelofa telah bersama dengan Swarovski sejak 4 tahun lalu.

Artikel berkaitan: Setelah 4 Tahun Bersama, Swarovski Umum Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

Pengacara itu bagaimanapun melalui kenyataannya di laman Twitter tampil menjernihkan keadaan menjelaskan dirinya bukan lagi duta bagi nama tersebut sejak bulan Disember tahun lalu.

‘Kontrak dah tamat’

Neelofa memberi kenyataan ringkas di mana dirinya bukan lagi duta bagi jenama aksesori mewah antarabangsa itu selepas menamatkan kontrak pada Disember lalu.

Salam. Kontrak saya bersama Swarovski telah tamat pada bulan Disember 2020 tapi kami masih mempunyai hubungan yang baik. Harap ini dapat menjelaskan.

Jangan risau Lofa..

Kenyataan ringkas itu bagaimanapun meleraikan persoalan netizen mengenai mempunyai kaitan dengan pengacara itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×