berita

Kontroversi Pelawak Gila Seks, Abam Bocey & Tauke Sound Direct!

April 8th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

bamke

Kerana nila setitik, habis susu sebelanga! Susulan kontroversi pelawak gila seks seperti yang didakwa oleh sebuah akbar tempatan sebelum ini, ramai pelawak lain yang terkena tempias.

Artikel Berkaitan : Perangai Jijik Pelawak Popular Suka Minta Gambar Lucah

Malah ada dalam kalangan peminat yang mula melabel semua pelawak di Malaysia sebagai gila seks. Atas faktor tersebut, Abam Bocey dan Tauke Jambu tampil menyelar tindakan pelawak tersebut.

Ramai Tuduh Saya – Tauke Jambu

tuduh

Bercakap kepada media, Tauke ternyata kurang senang apabila orang ramai mula mengaitkan namanya dengan pelawak gila seks seperti yang dilaporkan.

Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya.

Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya. …tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya.

Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari.

Bawa-Bawa Bertaubatlah – Abam Bocey

tobat

Mengakui terkesan dengan kontroversi tersebut, Abam bagaimanapun minta agar pelawak terbabit bertaubat dan berkahwin saja. Kerana tindakan bodohnya, orang mungkin takut hendak berkawan dengan pelawak.

Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks.

Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit.

Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan. Bawa-bawa bertaubat.

Kredit Berita : Berita Harian

 

SKIP THIS AD ×