berita

Kos Sara Hidup Yang Tinggi Serta Gaji Minimum, Antara Isu Utama Yang Menjadi Kebimbangan Rakyat Malaysia

November 18th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Suara Kita telah menyediakan sebuah platform untuk rakyat Malaysia menyuarakan pendapat serta isu dialami dalam negara yang patut difokuskan oleh parti bertanding pilihan raya.

Platform ini juga mengumpul segala maklumat, info dan berita terkini tentang pilihan raya bagi memudahkan rakyat Malaysia memahami struktur dan situasi pilihan raya.

Survey platform Suara Kita terdiri daripada 2,087 responden dari pelbagai kelas umur di seluruh negara. Setiap responden turut menyuarakan isu yang patut diambil berat oleh kerajaan baru selepas pilihan raya.

Kos sara hidup meningkat dan gaji minima menjadi isu utama membelenggu rakyat Malaysia terutamanya yang berumur 18-24 tahun

Seramai 1,857 (27.4%) responden menyuarakan pendapat bahawa kos sara hidup di negara semakin meningkat dalam kadar merisaukan terutamanya mereka yang menduduki kawasan bandar utama dalam negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

972 (14.3%) responden pula merasakan isu gaji minimum turut mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Ini kerana kenaikan kos sara hidup yang tinggi memberi kesan untuk mereka menikmati kehidupan yang selesa.

Isu peluang pendidikan turut disuarakan oleh responden seramai 903 (13.1%). Mereka merasakan bahawa isu ini menjadi kerisauan kerana pendidikan merupakan asas bagi setiap rakyat untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Selari dengan isu kos sara hidup dan gaji minimum, segelintir rakyat merasakan peluang untuk melanjutkan pendidikan tidak dapat ditunaikan berkaitan isu tersebut.

Bukan itu sahaja, jika rakyat tidak mendapat peluang pendidikan, negara akan terkesan dari segi kekurangan bakat yang mampu membangunkan negara. 68.7% daripada golongan M40 merasakan isu ini menjadi kebimbangan mereka.

Pengangkutan Awam, Keselamatan & Krisis Makanan turut memberi kesan kepada rakyat, berharap perubahan dapat dilakukan

Isu-isu lain yang membimbangkan rakyat seperti krisis makanan, keselamatan dan pengangkutan awam turut memberi kesan menyebabkan keputusan mengundi bergantung kepada manifesto yang dikeluarkan oleh setiap calon.

Isu seperti pengangkutan awam yang menjadi kebimbangan 649 (9.5%) responden jelas dilihat terutamanya pada bandar utama seperti Kuala Lumpur. Ini kerana kebanyakan daripada mereka bergantung kepada pengangkutan awam seperti tren dan bas sebagai motif transportasi utama. 

Selain itu, isu keselamatan bagi rakyat menimbulkan kebimbangan bagi 761 (11.2%) responden diikuti dengan krisis makanan yang disuarakan oleh 869 (12.7%) responden. Kos makanan yang meningkat seperti harga barang mentah menyebabkan rakyat tidak mampu untuk membeli belah di pasar basah, sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.

788 responden merasakan penting untuk alam sekitar bebas dari pencemaran

Seramai 788 (11.6%) responden menyuarakan isu pencemaran alam sekitar boleh merosakkan flora dan fauna negara kita. Pencemaran kepada alam sekitar tidak patut dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan kadar kesihatan rakyat menurun secara drastik.

Khazanah negara seperti alam sekitar perlu dijaga dengan baik bebas daripada pencemaran agar generasi seterusnya dapat menikmati keindahan negara sebelum ia pupus dari landskap negara.

Rakyat sebulat suara menyuarakan tentang kerisauan terhadap persekitaran negara kita.

Pilihan Raya ke-15 bakal berlangsung dan isu yang diketengahkan patut diambil berat oleh pihak kerajaan

Melalui platform Suara Kita, kita dapat lihat dengan jelas isu yang membimbangkan setiap rakyat yang mahukan perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan baru setelah tamat pilihan raya.

Kalau korang nak tahu, 85% daripada responden memberi pendapat bahawa kerajaan baru perlu fokus kepada isu utama seperti kos sara hidup dan 80% daripada responden mahukan kerajaan yang adil dan bersih daripada rasuah.

Untuk menyuarakan sebarang pendapat atau dapatkan berita dan info terkini tentang pilihan raya, sila layari platform Suara Kita.

 

SKIP THIS AD ×