Foto: Berita Harian
KPM memberi kebenaran kepada murid hadir ke sekolah memakai pakaian yang sesuai dan kemas bagi sesi persekolah yang bakal bermula tidak lama lagi. Ini susulan rungutan ibu bapa yang mengakui tidak sempat membeli pakaian sekolah baharu selain dihimpit masalah kewangan berdepan pandemik.
Artikel berkaitan: DidikTV Bantu Pelajar Meningkatkan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
Artikel berkaitan: KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7
Dibenarkan memakai baju biasa ke sekolah
Foto: Iluminasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan.
KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.
Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah
Menurut KPM, kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021 iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021. KPM turut menjelaskan bahawa pihak mereka berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.
Sumber: Kementerian Pendididkan Malaysia