berita

KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7

January 27th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan.

Artikel berkaitan: Taja 10 Ribu Pelajar Pembelajaran Atas Talian Secara Percuma, PTTI Lancar Seminar Mampu Skor SPM

Artikel berkaitan: Demi Kelas Online, Murid Ini Terpaksa ‘Lepak’ Dalam Ladang Kelapa Sawit

DidikTV@NTV7

https://youtu.be/b5dcvpJZT7Y

Mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.

SKIP THIS AD ×