berita

Kpopers Bersatu Hati Pertahan Ustaz Kazim Hingga Trending Di Twitter #protectustazkazimelias

February 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Masih belum reda isu panas ‘Blackpig’, muncul pula isu baru sehingga penggunaan #protectustazkazimelias menjadi trending dan mendapat ratusan komen dari netizen.

Artikel berkaitan: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop

Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Malah, beberapa individu yang dipercayai merupakan Kpopers (peminat K-pop) menyeru agar mereka bersatu hati mempertahankan Ustaz Kazim daripada dihentam serta dicaci maki oleh keyboard warrior.

Dikecam teruk

Rasanya saya tak pernah kacau depa, tak kenai pun. Tapi sedap sungguh mereka mengata. Alhamdulillah.

Walaupun ini bukanlah pertama kali Ustaz Kazim menerima kecaman netizen, namun baru-baru ini ustaz Kazim memuat naik screenshot ruangan komen di posting beliau. Mereka mempertikaikan kredibiliti ustaz Kazim sebagai seorang tenaga pengajar hingga menyoal jika ustaz Kazim sama ada benar atau tidak beliau merupakan pelajar tahfiz yang menghafal Al-Quran. Malah komen tersebut turut disokong oleh individu-individu yang lain.

Isu ini turut mendapat perhatian warga Twitter yang mempertahankan ustaz Kazim daripada menerima kecaman sebegini. Malah, peminat-peminat K-pop seluruh Malaysia mula melancarkan hashtag #protectustazkazimelias sehingga menjadi trending No.1 di Twitter. Hebat betul kuasa peminat K-Pop ini kan?

Peminat K-Pop bersatu hati

Trending kali ini mendapat sokongan oleh orang ramai yang rata-ratanya memuji tindakan peminat K-pop bersatu hati mempertahankan ustaz Kazim. Malah tak kurang juga yang berharap agar peminat K-Pop menggunakan ‘kuasa’ mereka di jalan yang benar seperti kali ini.

Sumber : Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×