berita

Kronologi Kes Pembunuhan Pelacur Di Genting Highland, Rupanya Suspek Baru Berusia 16 Tahun

September 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelbagai jenis kes pembunuhan kejam yang pernah berlaku di Malaysia. Ada di antaranya dibunuh gara-gara sikap cemburu kepada pasangan mereka. Oleh kerana tidak dapat mengawal perasaan dan bertuhankan nafsu, nyawa seseorang senang-senang sahaja dibunuh.

Pada 2012 satu kes pembunuhan di First World Hotel, Genting Highland telah menggemparkan rakyat Malaysia. Menerusi Twitter Kamarul, dia menceritakan kronologi berhubung kes pembunuhan yang menyayat hati itu.

Suspek keluar bilik tergesa-gesa

Menerusi rakaman CCTV pihak hotel mendapati seorang lelaki yang dipercayai suspek sedang keluar dari bilik secara tergesa-gesa. Kejadian itu berlaku di bilik bernombor 5646 di sebuah hotel terkemuka di Genting Highland. Mangsa didapati seorang wanita warga China dan terdapat kesan kelar di leher mangsa.

Mangsa dikelar dan ditikam

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Bukan hanya dikelar di leher, mangsa turut ditikam berkali-kali oleh suspek.

Mangsa merupakan pelacur?

Persoalan yang timbul adalah siapakah yang menikam mangsa. Menurut saksi kejadian yang merupakan ejen pelacuran, dia menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang ingin melanggan pelacurnya. Saksi kemudiannya memberikan 3 nombor bilik termasuk bilik mangsa.

Suspek ditahan di Kluang, Johor

Selepas 6 hari dari hari kejadian, pihak polis berjaya menahan suspek yang menetap di Kluang, Johor. Ke semua bukti kes pembunuhan tersebut termasuk pisau juga telah ditemui.

Mahkamah membebaskan suspek

Pada mulanya, pihak mahkamah membebaskan suspek kerana tiada kes prima facie yang dibuktikan. Hal ini kerana rakaman CCTV tidak menunjukkan muka suspek.

DNA suspek sepadan dengan bahan bukti

Namun, selepas pihak pendakwaan membuat rayuan dan disokong oleh pegawai sains yang mengesahkan ada DNA suspek pada beg yang dijumpai dalam bilik mangsa. Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukum ke atas suspek.

Suspek dipenjara dalam tempoh masa lama

Yang mengejutkan umum, suspek baru berusia 16 tahun dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati. Oleh sebab itu, suspek ditahan di penjara dalam tempoh masa yang diperkenankan oleh Sultan Pahang.

Sumber: Kamarul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×