Pempengaruh media sosial popular, Dahlia Rizal selamat bergelar isteri kepada aktor Imran Aqil dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Nikah Hujung Tahun, Dedah Dahlia Rizal Diganggu Lelaki Kaya
Selain kisah cinta dua sejoli itu, turut menjadi perhatian dan bualan orang ramai adalah gaya solekan Dahlia pada majlis pernikahannya.
Tiada foundation
Menurut jurusolek yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh itu yang dikenali sebagai Yaya, dia mendedahkan tiada sebarang bedak asas atau foundation yang digunakan.
Kata Yaya, ini kerana Dahlia sudah memiliki kulit yang sangat cantik dan dalam masa sama untuk mengelakkan berlaku rekahan pada solekan.
Solekan yang saya buat itu tak guna foundation langsung. Cumanya saya gunakan sedikit concealer bawah mata dan less setting powder.
Nama solekan tu adalah skin like makeup. Maksudnya kita kekal kan kulit Dahlia yang memang sedia cantik.
Lagi pun Dahlia memang ada minta untuk tidak makeup terlalu tebal sebab kulit dia agak kering sedikit.
Selain kulit Dahlia yang memang dah cantik, saya juga nak elakkan daripada berlaku rekahan (crack) pada solekan sekiranya guna foundation.
Yaya memaklumkan perkara itu ketika dihubungi OhBulan!.
Sementara itu, Yaya akui pengikut di Instagram mula bertambah dan dia menerima banyak tempahan selepas hasil solekannya tular sehingga menjadi buah mulut netizen.
Pengikut di Instagram saya bertambah lebih kurang macam tujuh ribu selepas saya viral beberapa hari lalu.
Ramai juga yang sudah WhatsApp dan ada yang sudah booking untuk majlis akan datang, alhamdulillah rezeki.
Perasaan bila viral itu macam takut juga sebab Dahlia kan model, biasa makeup untuk photoshoot sahaja, jadi tekanan sikit sebab nak buat look pengantin untuk Dahlia, Alhamdulillah saya cuba dan dia suka hasilnya.
Yaya yang sudah mengenali Dahlia sejak empat tahun lalu turut mendedahkan antara rakan selebriti yang pernah menggunakan khidmatnya ialah Puteri Sarah, Ruhainies, Ain Edruce, Zahirah MacWilson dan ramai lagi.
Imbas kembali, Dahlia dan Imran selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Dalam majlis yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, Imran telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia.