berita

Masterclass Buletin FM Kupas Topik Menarik Ilmu Perniagaan, Tonton ‘Live’ & Menangi Hadiah Wang Tunai

February 24th, 2022 | by Wan
Kewangan & Pelaburan

Selepas berjaya dalam sesi penganjuran terdahulu, Buletin FM sekali lagi bakal menganjurkan Masterclass Buletin FM, iaitu sesi webinar eksklusif berkongsi pengetahuan mengenai ilmu perniagaan serta memantapkan lagi perniagaan kecil atau sederhana orang ramai dalam bisnes, seterusnya meraih kejayaan dalam bisnes yang diceburi.

Sesi Masterclass Buletin FM ini memfokuskan interaksi dua hala di antara panel jemputan dengan penonton yang akan membincangkan topik-topik menarik berpandukan bidang kepakaran masing-masing terutamanya dalam bidang perniagaan dengan menggunakan kaedah penstriman langsung menerusi Facebook LIVE Buletin FM.

Menangi wang tunai

Tirai Masterclass Buletin FM akan bermula pada Jumaat, 25 Februari ini dengan topik perancangan kewangan untuk perniagaan bersama Moderator Ally Iskandar dan dua tetamu jemputan antaranya Sifu Jamal, Pengasas SifuBad Sdn. Bhd dan Puan Watie Abdul, Pengasas Tepung Pelita Paya Jaras.

Menariknya, orang ramai berpeluang untuk memenangi wang tunai dengan mengikuti langkah mudah ini. Mereka hanya perlu menonton Masterclass Buletin FM dan dengarkan Buletin FM sepanjang hari pada Isnin berikutnya. Kemudian, tunggu isyarat memanggil, jadi pemanggil terpantas dan jawab soalan berkenaan Masterclass Buletin FM yang telah dijalankan pada minggu sebelumnya dan mereka berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM200 bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana, Haiza, Muaz & Izwan Azir serta Fedtri Yahya.

Antara topik-topik lain yang bakal dibincangkan antaranya kepentingan media sosial kepada perniagaan, kos perniagaan : cari pelabur atau guna wang sendiri?, kepentingan imej produk perniagaan dan banyak lagi.

Rebut ilmu perniagaan

Selain Ally Iskandar, penyampai Buletin FM lain antaranya Hawa Rizwana, Muaz, Izwan Azir dan Fedtri Yahya turut akan mengemudi sesi Masterclass Buletin FM ini. Antara tetamu jemputan yang bakal menyertai sesi Masterclass ini ialah Encik Azzim Zahid Azmi @ Meri, Pengasas Jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Encik Firdaus Abd Wahid, Pengarah Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia, Puan Hayfa Amira, Pengasas Supercube International Sdn Bhd dan ramai lagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Masterclass Buletin FM pada setiap Jumaat bermula 11 pagi menerusi Facebook Live Buletin FM kerana pelbagai intipati dan manfaat yang akan diperoleh walaupun berada di mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba mereka sahaja, disamping peluang untuk memenangi wang tunai.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara siaran langsung di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm serta Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

SKIP THIS AD ×