Menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon dan pengacara Awal Ashaari tampil menjawab dakwaan netizen mengenai isu berat badannya.
Artikel Berkaitan: Tidak Terlepas Dengan Ujian Rumah Tangga, Awal Ashaari & Scha Al Yahya Ada Cara Sendiri Selesai Masalah
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Janji Bawa Anak Pergi Jepun Kalau Puasa Penuh
Turun 10 hingga 11 kilogram
Menurut Awal, dia berjaya menurun berat badan sebanyak 10 hingga 11 kilogram. Ujar Awal, kesedaran mengenai berat badan itu timbul selepas beratnya naik mendadak semasa pandemik Covid-19.
Sejak daripada pandemik itu, berat badan naik yang mendadak. Daripada situ timbul satu kesedaran dan saya perlu tukar kehidupan saya secara 360 darjah.
Disoal sama ada mengalami masalah kesihatan atau melakukan pembedahan usus, bapa kepada dua orang cahaya mata ini berkata soalan tersebut sangat sensitif.
Bagi saya ini soalan sensitif. Saya ada baca dua tiga orang selebriti nak ambil tindakan kerana netizen mempertikaikan macam mana mereka kurus. Benda macam ini agak sensitif kerana selebriti milik orang ramai. Saya ada inisiatif saya sendiri. Memang saya pasang niat untuk memperbaiki mutu kehidupan saya.
Berat saya nak dekat 90 kilogram. Metabolism badan saya jadi rendah sehingga nak main dengan anak pun rasa mengah. Isteri saya punya stamina tinggi dan saya punya rendah. Benda macam ini membuatkan saya fikir tidak boleh jadi. Oleh sebab itu, saya ambil inisiatif memperbaiki kehidupan saya dan mutu yang baik bersama anak-anak. Saya nak berat badan yang saya inginkan.
Tambah Awal, bukan semua individu sesuai melakukan pembedahan. Bahkan, terdapat pelbagai cara lain untuk kurus.
Kurus sikit je potong. Kau ingat tak ada jalan lain ke? Orang kita bila sesuatu drastik yang jadi dengan selebriti, mereka selalu akan berkata ambil jalan mudah. Sebenarnya banyak lagi jalan lain yang mungkin boleh dilakukan. Sesetengah orang tak sesuai buat pembedahan tetapi sesuai ambil suntikan dan sesuai dengan diet. Terpulang kepada indvidu tersebut.
Kalau orang itu nak buat pun itu hak dia. Badan dia dan duit dia. Apapun bertanggungjawab atas diri sendiri asalkan kita tak menyusahkan orang lain.
Sumber: Melodi