Penyanyi Aisha Retno mengakui lagu terbaharunya yang berjudul ‘Ternoktah’ mempunyai hubung kait dengan hubungan percintaannya yang tidak kesampaian sebelum ini namun menafikan lagu tersebut ditujukan kepada penyanyi Brunei, Aziz Harun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Dan Aziz Harun Bercinta? Peminat Mula ‘Broken’
60% pengalaman sendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata dia dan Aziz sudah lama berkawan dan tidak mempunyai hubungan yang istimewa.
Sebenarnya persahabatan saya dan Aziz sudah pun berjalan sejak saya mulakan karier saya dalam industri lagi dan apabila kami berkolaborasi biasalah timbulnya gosip-gosip, bibit cinta dan sebagainya.
Kami masih lagi berkawan baik dan lagu ini dia setakat penyeri bagi perjalanan cerita saya dan bukan semuanya tepat.
Kami sudah pun membuat keterangan kepada rakan-rakan media sewaktu kami melancarkan lagu ‘Jarak’ bahawa kami berkawan baik. Walau pun kami dilihat mesra di media sosial dan sebagainya, ia tidak lebih sebagai seorang sahabat sahaja.
Dan jika hendak bercerita mengenai ‘Ternoktah’, lagu ini ada kena-mengena dengan perjalanan cerita Aisha selepas berjumpa dengan beberapa jejaka tahun ini.
Aisha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pelancaran lagu terbaharunya berjudul ‘Ternoktah’ yang diadakan di Elephant Resort, 1 Utama Shopping Centre.
Sementara itu, ketika ditanya adakah dirinya berada dalam fasa untuk ‘move on’ kerana mengenakan imej berambut pendek, pelantun lagu ‘Sutera’ itu mengakui dia kini berada dalam fasa tersebut.
Sejujurnya saya potong rambut adalah sebagai tanda yang saya sedang berada dalam fasa ‘move on’ dengan apa yang telah berlaku, saya tak nafikan perkara itu.
Dalam masa yang sama, ia bukanlah ‘move on’ dari percintaan semata-mata tapi ia juga boleh diibaratkan sebagai satu ‘refreshment’ untuk diri saya memandangkan kita sudah pun masuk ke suku tahun yang terakhir.
Saya rasakan mengapa tidak untuk lakukan sedikit perubahan pada diri saya kerana ia dapat membantu saya lebih fokus dengan benda lain berbanding hal-hal percintaan.
Berkias buat lagu untuk bekas kekasih
Dalam pada itu, Aisha menjelaskan bahawa meskipun dirinya mengidolakan penyanyi terkenal luar negara seperti Taylor Swift, Olivia Rodrigo yang sering mengeluarkan lagu untuk bekas kekasih namun, dirinya akan lebih memilih untuk berkias dalam penghasilan lagu sedemikian.
Aisha sejujurnya sangat mengidolakan Olivia Rodrigo, Taylor Swift dari segi penulisan lagu mereka dan mereka sangat berani untuk menghasilkan lagu untuk bekas-bekas kekasih mereka.
Kalau saya, saya masih lagi tidak berani untuk menyebut siapakah jejaka tersebut untuk lagi yang dihasilkan. Saya memilih untuk berkias tapi saya tak nafikan lagu ‘Ternoktah’ ini ditujukan kepada jejaka yang pernah mempunyai kena mengena dengan kisah percintaan Aisha.