Baru-baru ini, pelakon Shukri Yahaya dikecam hebat oleh wargamaya apabila tularnya potongan video memaparkan adegan berunsur ‘soft porn’ yang dilakonkannya bersama pelakon Alya Iman menerusi drama terbaharu mereka yang berjudul ‘Layang-Layang Perkahwinan.’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shukri Yahaya Minta Maaf Lakon Babak Ada Unsur ‘Softpor*’ – ‘Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti’
Rasa bersalah dengan isteri
Ketika ditemui OhBulan!, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya mengakui dirinya rasa bersalah terhadap isteri, Tya Adnan selepas melakonkan adegan itu set lokasi penggambaran.
Nak kata isteri saya okay itu tidaklah dan selepas saya buat adegan itu saya sendiri macam ‘Alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah.
Cuma lepas saya lakonkan babak itu saya ada cakap pada dia, ‘Sayang hari itu saya ada buat satu babak yang saya rasa bila ditayangkan nanti akan jadi buah mulut orang’.
Saya memang dah maklumkan pada dia awal-awal lagipun itu adalah hari pertama bagi saya untuk mulakan penggambaran.
Tapi Alhamdulillah saya dan isteri okay sahaja cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk menjaga sensitiviti orang ramai dan isteri saya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa ada juga segelintir netizen yang menghantar potongan adegan tersebut kepada Tya melalui hantaran DM media sosial dan sebagainya. Namun, isterinya itu mengambil pendekatan untuk tidak melihat adegan tersebut .
Ada juga segelintir netizen yang cuba menjadi batu api dengan ‘forward’ video kepada isteri saya tetapi dia memilih untuk positif dan memahami kerjaya saya.
Isteri saya ini lebih memilih untuk tidak menonton lakonan saya di kaca televisyen
Shukri berkata demikian ketika sidang media drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’ yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ketika ditanya bagaimana menjaga keharmonian rumah tangga, pelakon drama ‘Andainya Takdir’ itu menjelaskan bahawa dia selalu berkomunikasi dan berterus terang dengan isterinya demi mengelakkan masalah melibatkan hal rumah tangga.
Saya selalu berkomunikasi dan banyak bercerita dengan isteri saya. Contoh, kalau saya balik dari lokasi penggambaran saya akan maklumkan hari ini ‘shooting’ dengan siapa dan sebagainya.
Kadang-kadang itu, saya tangkap gambar saya tengah ‘shooting’ untuk berikan ‘update’ pada dia dan saya akan selalu pastikan dia tahu apa yang saya buat.
Terdahulu, tularnya rakan video memaparkan adegan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air.
Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.
Potongan video tersebut telah meraih perhatian ramai yang dilihat mengecam adegan dalam telefilem tersebut.
Walau bagaimanapun, Shukri telah pun membuat permohonan maaf atas kekhilafannya itu.
Video
@ohbulanofficial Replying to @Eddie.Joned317 Ketika ditemui OhBulan!, Shukri Yahaya mengakui dirinya rasa bersalah terhadap isteri ? #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – OHBULAN!