Penyanyi dan penyanyi rap kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink iaitu Lisa kini mengembangkan lagi sayapnya sebagai anak seni dengan menceburi bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Jennie Blackpink Tubuh Syarikat Untuk Urus Perjalanan Karier Solo, Netizen Tanya – ‘Ada Kerja Kosong Tak?’
Lisa kini bergelar pelakon
Lalisa Manobal bakal muncul menerusi siri televisyen popular AS “The White Lotus” musim ketiga dan itu merupakan kemunculan pertamanya sebagai pelakon. Produksi dan penggambaran rancangan tersebut akan berlangsung pada bulan ini merangkumi kawasan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok, Thailand.
Namun peranan dan watak Lisa dalam rancangan siri original HBO yang diterbit dan diarahkan oleh Mike White, masih belum didedahkan.
Selain Lisa, Jennie Blackpink juga telah menceburi bidang lakonan dengan membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.
Terdahulu, Lisa mengumumkan bahawa dia telah menubuhkan syarikat muzik dan hiburannya sendiri, Lloud.
Sekadar info, keempat-empat ahli Blackpink memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment pada tahun lalu, menyebabkan saham syarikat itu naik hampir satu pertiga.
Sumber: Koreaboo