berita

Lambat Hadir Ke Sekolah Kerana Bergilir Pakaian & Beg Sekolah Dengan Abangnya..Huh Sedih!

January 6th, 2016 | by Wan
Kini Trending

kasutseluar

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi tentang kisah seorang murid yang hanya mampu membawa sebuah buku ke sekolak kerana beg koyak teruk, kali ini berbeza situasi namun masih menyentuh hati.

Setelah diselidik, murid ini bukan sahaja susah malah terpaksa berkongsi pakaian sekolah dan beg sekolah dengan abangnya. Mereka bergilir-gilir. Ya Allah sedihnya.

Gilir-gilir baju sekolah

budak

Menurut maklumat awal yang diterima, murid ini berada di tingkatan 1 dan baru melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Tambahnya gurunya lagi, murid ini memang datang dari keluarga yang susah. Hari ketiga baru dapat lapor diri sebab bergilir pakaian.

Allahuakbar… ni bukan kat pendalam cerita ni tengah bandar..adik ni baru lapor diri sekolah hari ni…tingkatan satu..selidik punya selidik pasai apa lambat lapor diri.. rupanya mangsa kes penceraian..ibu xkeje… dua hari lepas abg dia tingkatan 4 datang sekolah dulu sebab nak tau kelas… hari ni abg xdatang sekolah sebab beg, baju dan seluar dia pakai nak datang sekolah…sorg2 mai lapor diri…mai sekolah pun duit dari jiran yang bagi…nangis la pulak…

Masuk tingkatan 1 tanpa sebarang dokumen

Screen Shot 2016-01-06 at 12.08.22 PM

Screen Shot 2016-01-06 at 12.08.38 PM

Perkongsian lelaki ini mendapat pelbagai respon dari orang ramai yang mahu membantu adik ini. Buat masa ini pihak sekolah sedang mengumpul maklumat lengkap memandangkan murid ini baru memasuki tingkatan 1.

Orang ramai juga telah menelefon pihak sekolah dan dimaklumkan mereka sedang bermesyuarat bagi membantu murid ini.

Kalau tak silap ada sebuah filem Iran tentang adik beradik yang berkongsi kasut ke sekolah, rupanya memang ada kes sebegini.

Sumber : Shafawi Danish

SKIP THIS AD ×