berita

Lancar Peraduan ‘Buy, Snap & Win’ Sempena Ramadan, MyNews Tawar Hadiah Bernilai RM10k & Sebuah PS5 Untuk Pemenang

March 14th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bersempena dengan ‘RaRa Macam Dulu Dulu’ yang dianjurkan Media Prima Berhad, MyNews melancarkan peraduan ‘Buy, Snap & Win’ menerusi pembelian produk Beg Maru x Macam Dulu Dulu.

Artikel Berkaitan: MyNews Bakal Bawa Kedai Serbaneka Popular Korea Selatan, CU Store Ke Malaysia

Tampilkan roti istimewa sempena Ramadan

Peraduan ‘Buy, Snap & Win’ yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengimbau kembali nostalgia masa lalu yang pastinya akan menggamit memori masyarakat di Malaysia dengan cara menerapkan elemen pantun sebagai agenda utama.

Pantun lazimnya terdiri daripada empat baris yang berima dan biasanya membawa mesej kepentingan budaya dan sejarah.

Elemen pantun ini juga bertujuan untuk meraikan warisan budaya dan memupuk rasa minat terhadap seni dan tradisi yang indah ini.

Peraduan ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai kreativiti dengan menguji kebolehan orang ramai, khususnya generasi muda, untuk mencipta pantun unik. 

Bermula 5 Mac sehinga 30 April, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 manakala seorang pemenang bertuah juga berpeluang membawa pulang PS5 baru!

Caranya mudah sahaja, beli beg Maru x Macam Dulu Dulu yang berharga RM10 (dengan pilihan 2 biji Ban Maru Bake), ambil gambar anda bersama beg tersebut dengan kapsyen ‘pantun 2 kerat’ yang kreatif serta gunakan hashtag #myNEWSMalaysia #MaruKafe #RaraMacamduludulu #Macamduludulu.

Beg Maru x Macam Dulu Dulu ini bakal menampilkan roti istimewa bersempena dengan Ramadan ini iaitu Ban Maru Onde Onde Nira Melaka dan Ban Maru Kurma Cream Cheese.

SKIP THIS AD ×