berita

‘Fitnah, Berniat Jahat’ – Peguam Dakwa Keluarga Terlibat Kes Kehilangan Nora Anne, Ini Respon Polis

August 21st, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Misteri kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin akhirnya terjawab apabila mayat remaja terbabit dijumpai selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Hasil bedah siasat polis mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana tidak makan dalam tempoh yang panjang dan tekanan.

Seorang peguam, Anne Brennan di Facebook mendakwa keluarga mangsa terlibat secara langsung dalam kehilangan dan kematian anak mereka. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut dinafi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Kenyataan berniat jahat – KP Negeri Sembilan

Menerusi laporan Bernama, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata tuduhan yang dibuat oleh seorang peguam dari luar negara itu merupakan satu fitnah.

Oleh kerana itu, kami rasa itu sebagai fitnah sebab kita tidak tuduh sesiapa. Kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya ibu bapa Nora Anne terlibat.

Dakwaan itu tidak betul. Semalam, pukul 6 petang, pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, telah buat laporan ke atas hantaran Facebook ini kerana memfitnah pasukan polis yang sedang menjalankan siasatan.

(Jadi) Ya, kami nafikan dan kenyataannya berniat jahat kerana kami masih jalankan siasatan.

Tambahnya lagi, polis sudah membuat laporan polis mengenai fitnah yang dibuat kerana kenyataan berniat jahat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dakwaan peguam

Terdahulu, peguam Anne Brennan di Facebook mendakwa tindakan keluarga mangsa meninggalkan Malaysia dengan mayat Nora disifatkan sebagai sangat mencurigakan. Dakwanya lagi, keseluruhan kes mempunyai ‘sesuatu yang disembunyikan’.

Dia turut mendakwa Meabh dan Sebastien Quoirin tergesa-gesa keluar Malaysia setelah mendapat jaminan bahawa mereka tidak akan disiasat atas kehilangan dan kematian anaknya itu.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×