berita

‘Tak Berani Tenung Mayat, Lihat Dari Jauh’ – Pendaki Sukarelawan Kongsi Detik Jumpa Mayat Nora Anne

August 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat, mayat pelancong warga Ireland Nora Anne Quoirin akhirnya ditemui di Gunung Berumbun berhampiran resort yang diduduki mangsa.

Pendaki sukarelawan ketika bercakap kepada Bernama menceritakan kembali detik ketika mereka menemui mayat mangsa.

Pecah kepada 2 kumpulan

Salah seorang pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR), Kenny Chan Kai Sian tidak menyangka kumpulan mereka akan menemukan mayat remaja selepas 10 hari operasi.

Kami berpecah kepada dua kumpulan, satu di sebelah kiri dan satu ke kanan untuk meluaskan kawasan pencarian.

Katanya lagi, ketika pencarian mereka berpecah kepada dua kumpulan mengikut laluan sungai.

Tak berani tenung

Pada awalnya, mereka hanya berfikir baik dan tidak terlintas langsung mayat berkenaan adalah Nora Anne. Tambahnya lagi, dia hanya melihat jasad sekali imbas dimana ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang dan sedikit mengiring.

Kumpulan saya yang mengikut laluan kiri tiba-tiba ternampak sekujur tubuh kira-kira 20 meter di hadapan kami, seorang ahli kumpulan yang nampak mayat itu berteriak kepada kami agar tidak menghampiri mayat itu kerana khuatir akan mengganggu elemen bukti yang diperlukan polis.

Saya tidak berani tenung mayat itu dan hanya melihat dari jauh. Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi polis.

Mereka yang menyertai operasi sejak Ahad lepas walaubagaimanapun tidak pasti sama ada ada pihak lain terlebih dahulu menemukan mayat mangsa.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.