berita

MLM2014 : Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn

December 29th, 2014 | by Wan
Kini Trending

SYJPAKAI

Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan perjalanan kumpulan Shake berakhir apabila diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat kutipan undian paling rendah. Malam bertemakan ‘Lawak Bermoral’ seakan tidak menjadi buat Shake apabila isu yang cuba diketengahkan mereka tidak mendapat perhatian juri.

Berbeza pula buat kumpulan SYJ yang berjaya menambat hati juri menerusi sketsa hebat mereka. Namun apa yang lebih mendapat perhatian ialah lawak bermoral daripada SYJ yang diselitkan dengan sindiran kepada juri. Sindiran yang macam mana ye?

Farah Quinn Kalau Tak Faham Tanya Datuk Jalal, Jangan Nganga Je – Syuk SYJ

farahkom

Menampilkan sketsa ‘pil tak ketegaq’, kumpulan SYJ dilihat antara kumpulan yang menyinar pada pada malam itu sehinggakan mendapat 5 bintang. Mana tidaknya cerita-cerita bermoral yang dimuatkan di dalam sketsa mereka dilihat cukup dekat di hati penonton.

Tapi dalam lawak ada sindiran! Pada satu ketika, Syuk secara spontan menyindir Farah Quinn agar bertanya kepada Datuk Jalal sekiranya tidak faham lawak yang cuba disampaikan.

Ada rasionalnya sindiran Syuk tersebut memandangkan faktor bahasa yang berbeza menyukarkan Farah Quinn untuk memahami bahasa Malaysia dengan bagus. Malah kredibiliti Farah Quinn juga pernah dipertikai. Iyalah macam mana nak bagi bintang kalau lawak pun tak faham kan?

farohh

Facing Up To Me! – Jihan SYJ

merr

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Ingatkan Farah Quinn seorang je yang ‘disentuh’ oleh SYJ, rupanya Fazura pun tak terkecuali.

Menerusi cerita ketiga SYJ yang mengetengahkan tentang penjurian di dalam pertandingan, Jihan dilihat cuba meniru gaya Fazura. Cerita yang ditampilkan agak bersahaja, padat dan penuh dengan sindiran! Hasilnya SYJ berjaya mendapat 5 bintang daripada Fazura sendiri.

Nampaknya minggu ni bukan sahaja penonton yang mendapat pengajaran berguna daripada sketsa kumpulan yang bertanding, juri pun ada bahagian mereka. Haha nasib lah.

Kutipan Undian SMS Untuk Mangsa Banjir

kete

Setakat hari ini, kumpulan Jalor mengungguli senarai kutipan undian diikuti oleh Shiro dan Sepahtu. Simpati dengan bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia, pihak Astro  mengambil inisiatif untuk menyalurkan kutipan SMS pada malam jumaat yang lepas kepada Tabung Bencana Negara.

undi

SKIP THIS AD ×