Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalaman berharganya ketika menjayakan watak dalam filem terbarunya Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang dianggap paling memberi impak buat dirinya sepanjang perjalanan kerjayanya.
Artikel Berkaitan: Bakal Timang Bayi Ketiga, Saharul Ridzwan Teruja Ingin Tahu Jantina
Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Dah Tinggalkan Dunia Glamor Ke? Ini Jawapan Saharul Ridzwan
Terapung sejam dalam laut
Menerusi temu bual Kosmo, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, menceritakan detik dia terpaksa terapung lebih sejam di tengah Laut Andaman sewaktu menanti ketibaan pasukan penyelamat sebagai salah satu aksi mencabar dalam filem tersebut.
Filem ini memberikan pengalaman ‘mahal’ kerana sarat aksi sebenar pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berdepan pelbagai cabaran ketika melaksanakan operasi.
Menurut aktor bertubuh sasa ini, terdapat satu babak di mana dia hanya berpaut pada pelampung dan dihempas gelombang sepanjang berada di tengah laut, namun tidak seteruk jika dibandingkan keadaan ketika berdepan ketibaan helikopter penyelamat. Hal itu kerana, angin daripada kipas jentera itu telah beberapa kali menumbangkan tubuhnya.
Saya akui ‘berperang’ dengan diri sendiri terutama mahu melawan ketakutan terhadap laut yang selama ini saya cuba elakkan memandang saya tidak pandai berenang. Saya bertuah dapat mengikuti latihan asas selama sebulan ditambah dua bulan lagi untuk persediaan tambahan yang cukup menguji mental dan fizikal walau hakikatnya apa yang saya ikuti hanya 10 peratus saja daripada keseluruhan latihan.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini akui bersyukur kerana berpeluang melakonkan filem aksi dengan nilai sentimental yang dibarisi pelakon hebat serta sentuhan pengarah luar biasa, Allahyarham Pitt Hanif.
Apabila sudah lama memasang impian membintangi filem aksi, tentu saja setiap dugaan saya redah saja walau badan penuh lebam kerana hampir semua babak lasak saya lakukan sendiri di bawah pemantauan anggota profesional.
Sumber: Kosmo