berita

‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle

August 11th, 2023 | by Zulaikha
OB Eksklusif

Syafiq Mimi tak jadi kahwin

Berita pembatalan majlis akad nikah dan resepsi pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan:  Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Ujian Dalam Tempoh Pertunangan, Hanya Saya Yang Tahu’ – Syafiq Kyle

Biar Syafiq jawab

Syafiq Kyle

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada pengurus, Iman Tang dan Syafiq tidak berjaya apabila panggilan telefon serta kiriman mesej tidak dibalas.

Bagaimanapun, OhBulan! berjaya menghubungi adik kepada Syafiq iaitu Syazwan Razak yang merupakan pelakon baharu.

Menurut Syazwan, 24, dia enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak untuk memberitahu situasi sebenar.

Saya rasa lebih baik tunggu Syafiq sendiri cakap.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat pelakon filem Polis Evo 3.

Doa yang baik baik untuk Syafiq okey.

Pada petang Jumaat, Iman Tang menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.

SKIP THIS AD ×