Gambar sekadar hiasan
Seorang pegawai polis wanita dan anak perempuannya ditemui mati di rumah mereka manakala suaminya ditemui tergantung di sebatang pokok.
Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan
Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan
Motif pembunuhan masih disiasat
Gambar sekadar hiasan
Menurut polis, kejadian yang berlaku di daerah Buldhana, Maharashtra, India itu menyaksikan pertengkaran antara pegawai polis tersebut dengan suaminya pada pagi Isnin.
Suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Kishor Kute, 40, didakwa membunuh isteri dan anaknya sebelum mengakhiri hidupnya dengan menggantungkan diri di sebatang pokok kira-kira 15 kilometer dari kediamannya.
Hasil siasatan mendapati, suspek dilaporkan membunuh isteri dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun tersebut dengan menggunakan objek tajam.
Seorang lagi anak perempuan pasangan itu terlepas daripada nasib yang mengerikan kerana kanak-kanak berusia lapan tahun itu pergi ke sekolah pada waktu pagi ketika kejadian itu berlaku.
Dalam pada itu, penduduk setempat meluahkan rasa hairan kerana pasangan itu dipercayai mempunyai hubungan yang baik.
Susulan itu, pihak berkuasa sedang giat menyiasat motif disebalik pembunuhan ngeri berkenaan.
Sumber: India Today , India.com