Semalam, kecoh di media sosial selepas pempengaruh yang dikenali sebagai Alif Teega membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah pun bernikah bersama wanita lain.
Susulan itu, ramai yang mengecam tindakan Alif yang sebelum ini dilihat banyak memberikan tips serta nasihat mengenai hal berkaitan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
‘Abang jangan kahwin dua tau’
The last man standing!
Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik ? pic.twitter.com/jn21Bff8bO
— pudyn zayn (@pudynzayn) November 26, 2023
Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai @pudynzayn tampil memuat naik ciapan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan memuat naik gambar profil akaun rasmi TikTok pempengaruh terkenal iaitu Hafiz Mahamad sambil meminta agar pempengaruh itu untuk tidak melakukan tindakan yang sama seperti Alif.
Menurut Pudyn, sekiranya Hafiz berbuat demikian sukar untuk golongan lelaki di luar sana ‘memujuk’ golongan wanita untuk mempercayai mereka semula.
The last man standing. Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ciapan tersebut sambil berseloroh Pudyn perlu mengingati semua golongan yang bernama Alif.
Selain Hafiz, antara selebriti yang disebut sebagai seorang yang setia adalah Alif Satar dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Terdahulu, tindakan Alif Teega yang memaklumkan dirinya sudah pun menikah dengan wanita lain di saat isterinya, Aisyah Hijanah sedang hamil lima bulan menyebabkan dirinya teruk dikecam netizen.
Menurut Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Dalam pada itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.
Sumber: Aplikasi X