berita

Lelaki Ini Bergelar Engineer Offshore Namun Punyai Bakat Buat Kek & Jadikannya Side Income

October 1st, 2015 | by Wan
Lensa Insta

bakerbujang

Sekali pandang lelaki ini tampak seperti lelaki biasa yang berada di luar sana dan mungkin tiada apa yang menarik tentang dirinya.

Namun selepas mengenali dengan lebih rapat, siapa sangka lelaki ini mempunyai minat & kehebatan dalam membuat kek walaupun bergelar seorang drilling engineer di pelantar minyak untuk sebuah company oil & gas.

Malah dia menjadikan minat ini sebagai kerjaya sambilan dan menerima sebarang tempahan daripada pelanggan tatkala pulang bercuti.

Menarik bukan? Setakat Amran Fans itu apa lah sangat, sembang je ‘kencang’ tapi pandai ke buat kek?

Cuti 3 minggu, jual kek

Screen Shot 2015-09-30 at 11.58.39 PM

Walaupun kerjaya sebagai seorang engineer di pelantar minyak membataskan minatnya namun ia bukanlah penghalang.

Waktu cuti 3 minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menerima tempahan kek dari orang ramai. Korang boleh ushar kek-kek yang dibuat lelaki ini.

Screen Shot 2015-09-30 at 11.49.40 PM

Nampak menarik betul, tak sangka abang sado mampu hasilkan kek macam ni. Meleleh air liuar weh!

Screen Shot 2015-10-01 at 12.06.44 AM

Screen Shot 2015-10-01 at 12.12.14 AM

Bakerbujang

Screen Shot 2015-10-01 at 12.02.45 AM

Segala kek yang dihasilkan dimuat naik di akaun Instagram Bakerbujang miliknya sendiri. Dekat situ memang ramai yang puji dan mengakui kelazatan kek buatan abang engineer ni.

Tapi faham-faham jela bukan selalu boleh order sebab kerja dekat laut, masa cuti je bole dihubungi.

Screen Shot 2015-10-01 at 12.07.59 AM

Amacam perempuan-perempuan dekat luar sana tak rasa tercabar dengan bakat abang engineer ni? Atau boleh try abang engineer ni, bujang lagi kot hihi.

Screen Shot 2015-10-01 at 10.15.58 AM

P/S : Alang-alang dah cuti tu, hantar la ke sini sepotong dua.

Sumber : Bakerbujang, fvizvl

SKIP THIS AD ×