berita

Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Elak Penghutang Lari Dari Bayar Hutang…Mengikut Surah Al-Baqarah

February 2nd, 2016 | by Wan
Kini Trending

duit

Betul tak kadang-kadang kita si pemberi hutang ini lah yang selalunya malu mahu meminta kembali hutang yang dipinjamkan kepada rakan mahupun sesiapa sahaja. Orang yang meminjam rileks je tanpa rasa bersalah.

Selalu berlaku macam ini kan? Jadi lelaki ini tunjuk 7 cara terbaik apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang seperti mana yang tercatat dalam surah Al-Baqarah ayat 282.

Moga bermanfaat!

Sediakan black & white

hutg

“Salam. Bro, ada duit tak? Aku nak pinjam RM900. Bulan depan dah ada duit, aku terus bayar. Bantu orang yang memerlukan, insya-Allah dapat pahala dan dimurahkan rezeki.”
.
Zaman susah macam sekarang ini ramai orang tak cukup duit sehingga terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan dan kehendak.
.
Bila dapat mesej macam kat atas, kalau rasa nak bantu sangat, pastikan buat perkara berikut ini:
+ Minta sediakan “black & white”.
+ Nyatakan tarikh pinjam.
+ Letak juga tarikh nak bayar.
+ Kaedah bayaran (lump sum atau ansuran).
+ Kalau tak dapat bayar pada tarikh ditetapkan, macam mana? Kalau ada masa tambahan seminggu dua tapi masih belum bayar, macam mana pula?
+ Ada cagaran tak?
+ Masa sign dokumen ada 2 orang lelaki ataupun seorang lelaki dan 2 orang perempuan untuk jadi saksi. Kalau perlu, masa tu siap tangkap gambar dan rekod video.

Jangan sampai menyusahkan diri

huuu

Tolong orang memang bagus. Tapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri, apatah lagi keluarga.
.
Kalau tak kisah jumlah duit yang nak dipinjamkan tu nanti tak dapat balik, tak perlu kot ada dokumen bagai. Kalau dia tak bayar, ikhlaskan je.
.
Tapi kalau rasa berat nak halalkan dan tak nak putus saudara atau hilang kawan, boleh cuba buat macam yang saya cadangkan ini.
.
Ada surat hutang macam mana sekalipun tidak menjamin hutang itu akan dibayar. Tapi setidaknya kalaupun tak dibayar, ada rekod yang boleh dijadikan rujukan bila-bila masa diperlukan. Orang yang nak berhutang pun kenalah tunjuk komitmen kan?
.
Dan apa yang paling penting, surah paling panjang dalam Al-Quran ajar supaya buat macam ini bila nak berhutang. Boleh rujuk surah al-Baqarah: 282.
.
Dah lama tak berpantun. Ok, status kali ini kita sudahi dengan pantun.
.
Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan.
Dah berhutang muka pun tak nampak, bila orang datang dia lari-larian.
.
Jika berminat untuk baca lebih banyak ilmu, pengalaman dan tips kewangan, boleh follow orang ini —> Raisul Fadhla Safiruddin
.
Sekian. Terima kasih. Care to share.
.
RFS
Bukan Along
.
P/S: Kalau orang yang nak berhutang bukannya terdesak sangat dan betul-betul perlu pakai duit, cara macam ini boleh buat dia fikir banyak kali nak teruskan niat.

Ini ayat dari surah Al-Baqarah tentang perihal hutang.

Screen Shot 2016-02-02 at 1.56.48 AM

Sumber : Raisul Fadhla Safiruddin

SKIP THIS AD ×