berita

Lelaki Ini ‘Terbang’ Ke Udara Hanya Dengan Belon, Macam Filem ‘Up’

October 28th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Seakan adegan filem animasi ‘Up’, seorang lelaki bernama Tom Morgan telah menyahut cabaran ke udara pada ketinggian 8,000 kaki sambil diikat pada 100 belon helium bewarna warni. Morgan, yang merupakan pengasas sebuah syarikat pengembaraan di Bristol, England (The Adventurists), berkata syarikatnya menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa kepada mereka yang ingin mencari kelainan.

Kongsi Morgan, kini The Adventurists sedang merancang untuk mengadakan perlumbaan belon helium yang pertama di Afrika. Namun, sebelum idea boleh direalisasikan dan dibuka untuk tempahan kepada yang berminat, lelaki berusia 38 tahun itu perlu menjalankan beberapa ujian penerbangan awal.

‘Terbang’ ke udara Afrika

Makanya, hanya beberapa hari lepas, Morgan telah berlepas ke udara Johannesburg, Afrika dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi yang diikat 100 belon helium, lengkap dengan kemudahan keselamatan.

Dalam perlepasannya, Morgan akui merasa ‘antara cuak dan teruja’ saat dia berlepas perlahan-lahan ke puncak udara. Kongsinya, penerbangan menjadi semakin cepat apabila dia mulai mendekati lapisan atmosfera – yang mana suhu jatuh mendadak.

Tambahnya, pada saat itu dia ada terasa panik tetapi cuba untuk tenangkan diri dan mula secara perlahan-lahan memotong belon satu demi satu.

Selepas terapung selama 2 jam, Morgan berjaya menurunkan dirinya dengan selamat ke atas tanah, menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Sumber: CBS News, Mstar

SKIP THIS AD ×