berita

Lelaki, Ini Tidak Adil – Yuna

September 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Yuna

Melihat pada tajuknya, kami pasti bermacam perkara sedang bermain di minda anda kan? Apa lagi selepas beberapa kisah cinta penyanyi penuh bakat, Yuna yang sebelum ini putus di tengah jalan.

Namun, anda tidak perlu risau kerana Yuna kini bukanlah sedang putus cinta, tetapi tajuk diatas adalah gabungan lirik dari dua buah lagunya, Penakut dan Lelaki yang dipersembahkan di akhir konsert, Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung di Istana Budaya (IB). Ironik bukan?

Mula berlangsung hari ini 6 hingga 8 September, Yuna buat julung-julung kalinya telah dijemput untuk membuat persembahan di Istana Budaya.

Sebagai penyanyi paling muda yang pernah dijemput membuat persembahan di IB, Yuna ketika ditemubual memberitahu, dia tidak pernah menyangka akan diberi kepercayaan sebegini.

“Saya memang dah lama teringin nak buat persembahan di Istana Budaya (IB). Jadi bila diberi kepercayaan saya rasa tak sangka dan cukup teruja. Apatah lagi memang setiap penyanyi mengidamkan untuk membuat persembahan di sini,” ujar penyanyi ini.

Antara lagu-lagu Melayu yang dipersembahkan oleh Yuna selain lagu Penakut dan Lelaki termasuklah Gadis Semasa, Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang serta lagu cover kegemarannya, Gelora Jiwa (P.Ramlee).

Manakala lagu-lagu Inggeris pula ialah Deeper Conversation, Decorate, Favourite Thing, Young, Coffee, Photo Of You, Memo, Fear And Frustrations dan juga I Wanna Go.

YUN_1482

Mike Einziger & Yuna berganding untuk lagu I Miss You, Mr Musician dan I Wanna Go.

Menariknya, Yuna telah memberikan kejutan yang hebat apabila dia secara peribadi membawa turun gitaris Incubus, Mike Einziger untuk sama beraksi bersamanya di atas pentas Istana Budaya. Mendapat sorakan yang hebat dari peminat, Mike dan Yuna berganding menerusi lagu popular Incubus, Mr Musician dan I Miss You.

“Mike Einziger sebenarnya adalah plan yang sangat mengejut. Ia berlaku sebelum ini apabila saya bawa The Palawan (band Yuna) berjumpa dengan Mike dan secara tiba-tiba, mereka terbuka cerita mengenai persembahan di Istana Budaya. Jadi, bila Mike dapat tahu, dia menawarkan diri untuk membuat persembahan bersama,” jelas Yuna.

Yuna turut menafikan bahawa penampilan gitaris Incubus itu mempunyai bayaran tertentu.

“Memang saya tak bagitahu sesiapa dan bawa Mike sebagai kawan,” tambahnya lagi.

Namun, bukan setakat persembahan biasa dari Yuna, penyanyi yang mengenakan dua persalinan dari Hatta Dolmat sepanjang malam itu turut menampilkan kumpulan ‘busker’ yang berjaya mencuri perhatian serta menghiburkan para penonton sepanjang lebih 15 minit waktu persembahan mereka.

Apa pun, bagi anda yang sudah membeli tiket untuk persembahan Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6-8 September bermula hari ini, cepat bersiap dan saksikan sendiri kehebatan Yuna yang memukau isi hati dan jiwa seluruh Istana Budaya.

Kredit Foto : Suhaizul Izhar @ Danish

SKIP THIS AD ×