berita

‘Ibu Saya Akan Mati Ke?’ -Anak Kembar Umur 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Ditembak Di Siam Paragon

October 5th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Insiden tembakan rambang di pusat beli belah Siam Paragon Mall di Bangkok mengorbankan seorang pelancong china yang maut selepas ditembak di kepala semasa kejadian.

Artikel Berkaitan: ‘Suspek Dakwa Seolah Ada Orang Lain Minta Dirinya Lakukan Tembakan Rambang’ – Ketua Polis Negara Thailand

Artikel Berkaitan: ‘Saya Beritahu Anak-Anak Mama & Babah Ada Di Sini’ – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

Sedang bercuti

Memetik laporan Weird Kaya, wanita yang dikenali sebagai Zhao sedang bercuti bersama keluarganya selama seminggu di Bangkok.

Wanita yang berusia 34 tahun itu, mempunyai sepasang anak perempuan kembar yang turut menjadi saksi ibu mereka ditembak di depan mata mereka ketika kejadian berlaku.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit berlari mendapatkan pertolongan selepas Zhao ditembak. Namun, malangnya ibu mereka tidak dapat diselamatkan.

Dikatakan, ibu mereka telah ditembak di kepala oleh lelaki bersenjata dari tandas tingkat dua pusat membeli-belah.

Saksi di tempat kejadian menceritakan detik-detik ngeri yang berlaku semasa dan selepas kejadian itu dengan berkongsi di media sosial menyatakan dia terjumpa anak kembar Zhao yang meminta tolong.

Hari ini adalah hari paling sedih dalam hidup saya. Selepas kejadian tembak menembak, saya berjaya melarikan diri dari Siam Paragon. Saya kemudian bertemu dengan dua orang adik perempuan Cina yang sedang mencari bantuan.

Salah seorang adik perempuan bertanya kepada saya, ‘Adakah ibu saya akan mati?’ Saya menghiburkannya dengan berkata, ‘Ibu kamu cedera tetapi kamu akan berjumpa dengannya tidak lama lagi.’

Ketika pihak polis memaklumkan kepada kembar berusia 5 tahun itu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia, saksi yang berada di situ tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

Untuk info, kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall di Bangkok telah mengorbankan seramai dua orang maut dan lima lagi mengalami kecederaan

Sumber: Weird Kaya, X

SKIP THIS AD ×