berita

Lelaki Sanggup Redah Banjir Beli PS5 Untuk Anak

February 25th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Tribunnews

Seorang YouTuber di Ciledug, Tangerang, Jawa Indonesia sanggup meredah banjir demi memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Pelanggan Tak Ada Otak..’ – Penghantar Makanan Terpaksa Redah Banjir Hantar Order Pelanggan

Artikel berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Hampir Hilang Nyawa Redah Banjir, Mujur…

Nekad redah banjir

Foto: Medcom.id

Seorang Youtuber yang dikenali sebagai Wasa mendapat perhatian warga maya apabila viral gambar beliau membawa PS5 sambil meredah banjir. Wasa didapati membeli PS5 tersebut untuk anak perempuannya yang bernama Zee.

Walau bagaimanapun, Wasa menyatakan bahawa dia tidak menyangka perkongsian gambar dan video beliau meredah banjir sambil membawa PS5 boleh tular di laman sosial sehingga kini.

Menurut laporan daripada Tribunnews, kejadian ini berlaku pada sabtu yang lalu selepas kawasan perumahan di Ciledug dilanda banjir yang teruk.

Saya mahu mengembirakan anak perempuan saya. Dia sudah lama menanti PS5 ini. Lagipun harganya tidak mahal iaitu Rp8.8 juta (RM2,523) sahaja. Saya pasti dengan harga sedemikian, pasti ramai yang sanggup redah banjir untuk mendapatkan PS5 idaman mereka,

Menurut Wasa, beliau berasa lega dengan harga PS5 yang tidak begitu mahal dan dengan harga yang sebegitu, beliau berasa lagi sanggup untuk meredah banjir demi PS5 tersebut.

Selain itu, Wasa turut menyatakan bahawa beliau sudah menempah PS5 tersebut sejak hari jumaat namun PS5 tersebut boleh diambil pada hari sabtu. Disebabkan itu, Wasa terpaksa meredah banjir walaupun jalan untuk ke tempat pengambilan PS5 tersebut telah ditenggelami air.

Walau bagaimanapun, PS5 tersebut berjaya dibawa pulang kepada anak perempuannya walaupun terpaksa meredah banjir yang belum surut.

Sumber: Tribunnews

 

SKIP THIS AD ×