Padah mempamerkan aksi berbahaya menunggang motosikal di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, seorang lelaki akhirnya ditahan polis. Aksi berkenaan dirakam pengguna jalan raya dengan menyaksikan individu tersebut hanya menggunakan kaki untuk mengawal handle motosikal.
Aksi di Jalan Kuching
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/425112671798834/?__xts__[0]=68.ARCuO2dLZbzx1q-Xc7rCyuVhAk4ChmBYlYUR_yGQ-HWvfXF4DUNzDO8cmocnv-vmTjldSfLUf6cpuVAMijaLE2lFVErPID6LLhukSrhY7u7h8TLJ7nuM1WcxqSFKWjmbKO8hLn1iMiwBDzkvFWI6nh78fu9o9hnlQdkpTP0HGgL87rT1KvVkf079Wks9x0PL4KJyU5We_8pKsKY3Rvhe06cDkR1fyjcQmxj7pW8XodhrsUOKgsncBbr5VOLJ0eX4zUYSiGUXA_Fy2Dk04RbjEIdgewQ1pAz-Zw3OgyWBtIh1C2ePIPGZV_g5KocEaRc9mYKE6U-sAGLUYX8_DYq9RZrbXrFKVY7DdRup4g&__tn__=-R
Video berdurasi 1:27 minit yang dikongsikan melalui Info Roadblock JPJ/Polis ini menyaksikan aksi bahaya seorang remaja lelaki menunggang motosikal di Jalan Kuching. Dia yang hanya menggunakan kedua belah kakinya diletakkan di bahagian handle untuk mengawal motosikal itu sambil minum sebungkus air.
Pihak polis mengesan motosikal tersebut menerusi alamat yang didaftarkan.
Ketika ke rumah terbabit, motosikal itu didapati didaftarkan atas nama seorang lelaki dipercayai bapanya. Susulan itu polis merampas motosikal berkenaan dan penunggang motosikal dipercayai anaknya itu tidak berada di rumah.
Positif dadah
Terbaru, menurut laporan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memaklumkan individu berusia 36 tahun itu sendiri menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.
Individu tersebut juga disahkan positif dadah jenis ganja dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Sinar Harian