berita

Lelaki Tanam Isteri Dengan Jengkaut Dihukum 6 Tahun Penjara Miliki Senapang, Sebutan Kes Bunuh 18 April

March 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita kematian seorang wanita yang didakwa dibunuh oleh suaminya sendiri. Mayat mangsa kemudian dimasukkan ke dalam tong air sebelum ditanam di ladang serai.

Artikel berkaitan: Jumpa Surat Fasakh & Nampak Suspek Bawa Keluar Tong Air, Jiran Mangsa Bunuh Dedah Kejadian Sebenar

Artikel berkaitan: Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut

Artikel berkaitan:Ustazah Asma Sebak, Posting Terakhir Wanita Mangsa Bunuh Kongsi 3 Video Kuliahnya

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pemandu jengkaut tersebut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di atas lima tuduhan membunuh isterinya serta memiliki senjata api tanpa permit.

Hanya menyatakan faham

Tertuduh yang dikenali sebagai Hanafi Patahur Rahim, hanya menyatakan faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom. Hanafi dituduh membunuh isterinya, Noor Hasliza Alias, di sebuah rumah di Taman Sri Saujana kira-kira 3.30 pagi pada 1 Mac lalu.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori, jika sabit kesalahan. Rashidah turut memberitahu bahawa mahkamah menetapkan 18 April ini bagi sebutan semula kes untuk penyerahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Penjara enam tahun

Di samping itu, dalam prosiding yang berasingan di Mahkamah Sesyen pula, Hanafi dijatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap empat pertuduhan iaitu bagi memiliki dua laras senapang dan memiliki peluru tanpa kebenaran. Menurut Hakim Zahillah Mohammad Yusoff, keputusan tersebut dibuat selepas suspek mengaku bersalah atas kesemua empat pertuduhan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×