Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki menetak isteri dan mencabul anak perempuannya yang baru berusia belasan tahun.
Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Tetak Jari Menantu Hingga Putus
Artikel Berkaitan: Dilabel Anak Tidak Membanggakan Punca Remaja Bunuh Ibu & Tetak Bapa Guna Parang
Cabul anak, tetak isteri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik, suspek yang berusia 37 tahun itu bertindak kejam dengan menetak isterinya ketika wanita itu sedang menziarahi rumah jiran. Suspek dikatakan telah memasuki rumah jiran tersebut dan memanggil isterinya.
Wanita itu kemudian keluar dan alangkah terkejutnya apabila suspek tiba-tiba menyerang dengan menetak kepala dan tangan mangsa sehingga mengakibatkan salah satu jarinya putus.
Menurut saksi, pada awalnya dia langsung tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia terdengar jeritan mangsa. Saksi kemudian keluar dan melihat mangsa meraung kesakitan dengan keadaan berlumuran darah. Suspek yang telah melarikan diri berjaya ditahan polis.
Difahamkan suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana cemburu namun saksi mendakwa punca kejadian adalah disebabkan suspek berang si isteri melaporkan kepada polis mengenai perbuatan cabulnya terhadap anak kandung mereka. Mangsa kini masih mendapatkan rawatan di hospital.
Sumber: Detik