berita

Lelaki Tikam Isteri Sarat Hamil Hidap Kemurungan Akibat Tekanan Kerja

November 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam media melaporkan seorang isteri yang sedang sarat hamil 37 minggu telah ditikam oleh suaminya di kediaman rumah mereka di Putrajaya. Susulan daripada kejadian itu, lelaki tersebut telah direman oleh pihak polis sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut.

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, mangsa yang juga merupakan seorang guru mendedahkan penyakit yang dialami suaminya itu sehingga sanggup bertindak sedemikian.

Alami kemurungan

Menurut wanita itu, suaminya yang bekerja sebagai jurutera sebenarnya mengalami masalah kemurungan akibat daripada tekanan kerja disamping perlu menguruskan anak-anak mereka.

Katanya, sebelum ini suaminya tidak pernah bertindak sedemikian dan berlaku kasar terhadapnya malah kejadian yang berlaku pada Jumaat itu adalah yang kali pertama berlaku.

Suami saya mengalami masalah kemurungan kerana tekanan kerja dan keperluan untuk menguruskan masa bagi menghantar dan mengambil anak di sekolah.

Suami saya memang mengambil ubat kemurungan kerana tekanan kerja, saya tidak jangka dia akan bertindak sebegitu semalam kerana ini kali pertama dia berkelakuan begitu.

Turut disaksikan anak

Menceritakan tragedi yang menimpanya, wanita itu berkata dia nekad keluar daripada rumah selepas dicederakan suaminya dan memandu sendiri kenderaannya untuk ke hospital.

Katanya, perkara itu dilakukan bagi menyelamatkan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Dia tidak pernah berkasar dengan saya, dan selepas tindakannya itu saya nekad keluar dari rumah dan memandu sendiri kenderaan menuju ke hospital dalam keadaan cedera.

Saya bersyukur bayi saya selamat dilahirkan dan dalam keadaan sihat.

Namun apa yang lebih memilukan, wanita itu berkata kejadian tersebut turut disaksikan dua anaknya dan menyebabkan mereka trauma sehingga kini.

Hasrat pindah ke kampung

Sementara itu, dia yang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah berkata suaminya pernah menyatakan hasrat untuk pulang bertugas di kampung halaman di Melaka.

Namun katanya, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dahulu kerana keadaan dirinya yang sedang sarat selain perlu melalui proses permohonan yang pastinya akan mengambil masa.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×