Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes cabul membabitkan seorang remaja perempuan warga tempatan di Ampang Jaya, Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Polis Berkas Seorang Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Dalam Tandas Masjid
Artikel Berkaitan: Guru 56 Tahun Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Murid 7 Tahun
Penjual surat khabar
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian tersebut berlaku pada Disember lalu di mana suspek yang merupakan penjual surat khabar telah datang ke rumah mangsa sekitar jam 7 pagi .
Difahamkan, suspek telah mengekori remaja berusia 13 tahun itu ke biliknya. Suspek yang hanya dikenali sebagai seorang jurujual kemudiannya bertindak melakukan amang seksual pada tubuh badan mangsa.
Suspek kemudian memegang badan, kedua-dua lengan dan memeluk mangsa. Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran daripada suspek.
Jelas Farouk lagi, pihaknya menerima laporan berkenaan selepas mangsa membuat pengakuan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada jam 10.10 pagi kelmarin.
Pihak polis yang bertindak berhubung maklumat itu berjaya menangkap suspek warga India yang berusia 32 tahun di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 5.20 petang, pada hari sama.
Permohonan reman ke atas suspekdibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.
Sumber: Kosmo