berita

Lepas Malam Di Port Dickson, Dia Hilang’ – Wanita Dakwa Pelakon Drama Lelaki Popular Hamilkannya

November 15th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Hidup sebagai seorang artis bukannya mudah. Gerak-geri mereka sering diperhatikan media, maka sudah menjadi asam garam seorang artis untuk terpalit dengan cerita-cerita panas.

Terbaru, menerusi dakwaan seorang wanita, Mstar melaporkan seorang pelakon drama tanah air telah memilih jalan mudah dengan melarikan diri setelah menghamilkannya. Dilaporkan wanita itu telah melahirkan anak pelakon terbabit pada bulan Oktober lepas. Betul ke?

Didakwa larikan diri

Gambar Hiasan

Wanita yang dipercayai berusia awal 20-an itu, mendakwa pelakon itu enggan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur.

Dakwanya lagi, selepas malam di Port Dickson, pelakon lelaki kegilaan ramai itu telah menghilangkan diri. Beliau cuba menghubunginya beberapa kali namun masih tidak dapat dikesan. Saat itu wanita itu sedar dia sedang hamil tiga bulan.

Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

Dedah perbualan

Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan.

Sekalipun pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab, wanita itu berharap sekurang-kurangnya dia membayar kos pemeriksaan bayi mereka sepanjang sembilan bulan. Katanya, dia telah memutuskan untuk menjalankan pemeriksaan  di sebuah hospital swasta kerana malu dan  tidak mahu mengaibkan pelakon terbabit.

Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu.

Siapa gerangan pelakon ini? Hmm

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×