berita

Lepas Seminggu Whatsapp Terus Ajak Kahwin, Hikmah Tak Bercinta Sebelum Nikah

March 3rd, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Screen Shot 2017-03-03 at 12.59.52 PM

Mendirikan rumahtangga merupakan impian setiap insan. Namun untuk merealisasikan impian tersebut banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi antaranya salah faham, berselisih pendapat dan yang paling penting seseorang itu perlukah menerima kita seadanya.

Sekitar awal tahun lalu penyanyi Ainan Tasneem telah pun melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan. Berikut perkongsian menarik beliau. Lepas seminggu kenal terus ajak kahwin!

Ajak kahwin

Screen Shot 2017-03-03 at 1.01.55 PM

So this is my story that I want to share to all of you since ramai yg tanya kat LIVE, komen and dm macam mana Ainan boleh kenal dengan my husband. So here it goes..
.
I remember when I perform Umrah during puasa and raya last year, I prayed to Allah that I will found the ‘right’ man. Sy doa sy nak dapat jodoh yg baik macam abuya sy. Dan 2 minggu lepas tu sy kenal awk melalui Fakhrul yg jugak kawan serumah dan sekelas awk waktu uitm dulu.
.
We’ve been knowing each other since 26/7/16 thru whatsapp. Seminggu lepas tu awk terus ajak sy kahwin. I thought you were joking tp tak sangka awk betul2 maksudkan. Atas alasan sebab taknak kenal sy lama2 dan taknak bercinta dgn sy. Bila kita dah mula rapat, awk cakap kat sy “Sesi taaruf kita dah tamat, kalau kita teruskan lagi contact macam ni dah kira bercinta dah. Sy taknak bercinta dgn awk.” Time tu sy agak sentap jugak la. Awk ajak sy untuk kurangkan contact. ?

Semua dipermudah

Screen Shot 2017-03-03 at 1.04.02 PM

Sy ingat lagi yg sepanjang sy kenal awk sy rasa awk tlalu baik sbb awk cuba utk tknak contact sy dan slalu ckp pkara yg bkaitan dgn agama je bila dgn sy. Bila sy dapat tahu awk tak pernah bercinta lagi la buat sy rasa terkejut. Sy pernah tanya awk, “Layak ke sy jadi isteri awk? Sy tak baik. Tp awk baik sangat..” dan awk balas “Dalam Surah An-Nisa’ Allah dah janjikan, perempuan yang baik utk lelaki yang baik.” okay time ni sy ingat awk nak bagi jawapan cliche, contohnya macam awk pon baik blablabla tapi tak, awk cakap “Kalau awak rasa awak tak baik, sy pon tak baik sebenarnya.. mungkin Allah tutup aib sy. Mana tau dosa dgn Allah, dengan manusia dan makhluk lain.. mesti banyak punya..” Time ni lagi la saya macam damnn memang too good to be true betul la mamat ni.

So tak lama lepas tu bulan 9 sy ajak awk jumpa parents sy. Awk pernah cakap awk risau pasal duit hantaran, duit simpanan awk tak banyak lagi macammana nak kahwin. Tapi Allah tu baik sangat2. Tak sangka umi dengan abuya tak letak harga pon untuk hantaran. Dorang tak kisah dan cakap bagi berapa2 yang awk mampu je. And then Family awk datang merisik 1/10. Alhamdulillah jodoh kita kuat. Dan Allah permudahkan semuanya. We finally get married on 6/1/17

Sumber : Ainan Tasneem

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×